Tak Biasa, Gelagat Oyen Pertama Kali Jejak Rumput Buat Ramai Terhibur

gelagat oyen jejak rumput

Tak Biasa, Gelagat Oyen Pertama Kali Jejak Rumput Buat Ramai Terhibur

Kucing sememangnya penuh dengan telatah dan gelagatnya yang mencuit hati lebih-lebih lagi yang berwarna oren. Kucing oren atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Oyen’ sentiasa menjadi sebutan di mulut komuniti.

Ada sahaja kelakuannya yang di luar fikiran kita. Seperti dalam video yang dimuat naik oleh @browniesngoodies di TikTok memaparkan kelakuan “melibas” kaki di atas rumput seperti tidak selesa sewaktu keluar pertama kali keluar.

Dalam klip berdurasi 17 saat itu menunjukkan si bulus itu seperti ‘lembik lutut’ ketika berjalan di atas rumput.

Bukan sahaja itu, ekor oyen itu berdiri lurus setiap kali meletakkan kaki pada rumput. Ketika dilepaskan oleh pemiliknya, ia seperti rusa masuk ke kampung. Hal ini kerana haiwan itu menoleh ke kiri dan kanan melihat persekitaran baru.

Perkara ini dianggap agak pelik kerana kebiasaannya  oyen terkenal dengan sifat gagah dan berani serta ‘abang’ kawasan.

@browniesngoodies

Mr wobbles’ edition #greenscreenvideo #ataxia #cat #kitten #wobbles

♬ ONCE THERE WAS A WAYYYYYY – ☆

Reaksi Netizen Lihat Oyen Lembut Lutut Keluar Rumah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna platform media sosial itu terhibur dengan telatah yang ditunjukkan oleh si oyen. Sebahagian warganet turut membandingkan haiwan itu dengan kucing milik mereka.

Salah seorang pengguna, ahmadrido497 menyifatkan apa yang sedang terlintas dalam fikiran kucing berkenaan.

“Daratan macam apa ini? ” tulisnya.

BACA JUGA: Kena Panggil Balik Rumah, Gelagat Oyen Berenang Redah Banjir Buat Ramai Terhibur

 

Sementara itu, Lilyy menyifatkan kelakuan si oyen itu seperti “Rapunzel vibes“.

Pengguna lain, turut tidak tahan melihat gelagat cara si bulus itu berjalan tidak keruan termasuklah Red Velvet.

“Belok lutut-lutut nok jalan,”tulisnya di TikTok.

Sehingga artikel ini ditulis, video ini telah mendapat lebih 5.3 juta tontonan, lebih 1 juta tanda “Suka” dan lebih 9,000 komen daripada pelbagai pengguna.

Sumber: TikTok @browniesngoodies

The post Tak Biasa, Gelagat Oyen Pertama Kali Jejak Rumput Buat Ramai Terhibur appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*