Kru Kapal Dikhuatiri Lemas Selepas Jatuh Laut

kru kapal lemas

Kru Kapal Dikhuatiri Lemas Selepas Jatuh Laut

JOHOR BAHRU, 4 Okt (Bernama) — Seorang kru kapal warga Bangladesh dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam laut di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah di sini, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Khairi Zainuddin berkata dalam mangsa dikatakan terjatuh dalam laut pada ketinggian kira-kira enam meter ketika sedang membuat kerja di atas kapal Als Clivia.

BACA JUGA: Seorang Lelaki Dikhuatiri Lemas Ketika Aktiviti Riadah

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.12 pagi, sebelum beberapa jentera dengan kekuatan 24 anggota dan dibantu Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Skudai, digegaskan ke lokasi kejadian.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan oleh dua anggota PPDA di lokasi mangsa dipercayai jatuh dengan radius pencarian 25 meter ke kiri dan kanan kapal.

“SAR dihentikan sementara pada 3.15 petang semalam disebabkan keadaan arus laut, namun disambung semula pada 4.18 petang selepas keadaan normal, ” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya operasi SAR disambung semula pada 10 pagi tadi.

Sumber: BERNAMA 

 

The post Kru Kapal Dikhuatiri Lemas Selepas Jatuh Laut appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*