Tak Guna Bawang Merah, Ini Resipi Kuetiau Basah “Simple”

kuetiau basah simple

Tak Guna Bawang Merah, Ini Resipi Kuetiau Basah Simple

Kuetiau merupakan hidangan pilihan sekiranya seseorang tidak mahu mengambil nasi dalam pemakanannya. Seperti yang diketahui, hidangan ini sangat mudah untuk dibuat, hanya memerlukan beberapa bahan, kemudian ia boleh dimasak dengan kadar segera.

Malah, bahan-bahannya juga sangat mudah untuk didapati di kedai berdekatan. Apabila melibatkan makanan, masing-masing mempunyai resipi tersendiri, ada yang mengikuti resipi nenek moyang dan ada juga hanya mengikuti selera sendiri.

Namun, dalam masakan tiada apa yang salah dan juga betul, ia tergantung pada kreativiti masing-masing bagaimana mereka mencorakkan hidangan tersebut supaya kena dengan selera masing-masing.

Artikel SK kali ini, akan berkongsi kepada umum bagaimana cara untuk membuat kuetiau goreng yang ringkas tanpa menggunakan bawang merah. Resipi ini dikongsi oleh pengguna Twitter @prettylupins selepas warga maya memintanya untuk berkongsi mengenai hidangan itu.

Menurutnya, resipi tersebut sering digunakan olehnya kerana ia tidak memerlukan masa yang banyak untuk melakukannya.

“Ini resepi untuk kuetiau basah. Cara saya mudah saja. Tidak guna bawang merah.

“Guna separuh paket saja untuk makan berdua. Kalau guna seafood, biasanya saya masuk lepas letak kicap tu. Kalau guna ayam, masuk masa tumis cili,” jelasnya.

Mari ikuti resipi pengguna itu di bawah ini.

BACA: “Memang ‘Kick’ Dan Pekat,” Ini Resipi Sup Tulang Khairulaming Sempena Aidiladha

Kuetiau “Simple”

Kredit: @prettylupins/Twitter
  • 1/2 paket kuetiau (cuci bersih)
  • 1 ulas bawang putih (yang ditumbuk)
  • 2 sudu cili kering kisar
  • Hirisan ayam/seafood (optional)
  • Kicap
  • Sos tiram
  • Kucai
  • Tauge
  • Air panas

Cara-cara penyediaan

1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan masukkan cili kering. Biarkan pecah minyak

2. Masukkan ayam/seafood. Biarkan masak.

3. Tambah kicap dan sos tiram. Anggarkan empat tap. Gaul sebati dan masukkan setengah cawan air. Ikut suka nak kuah banyak mana. Biarkan mendidih.

4. Masukkan kuetiau. kacau sebati.

5. Masukkan tauge dan kucai. Tutup api dan kacau rata.

Saya suka masuk last tauge dan kucai sebab tak mahu jadi lembik sangat. Garam tak perlu masuk sebab kicap dan sos tiram dah cukup masin. 

#meimasak

Rujuk bebenang di bawah untuk ketahui resipi penuh.

Sumber: @prettylupins/Twitter

BACA: Lelaki Jadi Jutawan, Miliki Dua Pangsapauri Dengan Hanya Mengemis

The post Tak Guna Bawang Merah, Ini Resipi Kuetiau Basah “Simple” appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*