Syamsul Yusof Tak Jadi Saman JAWI, MAIWP

Syamsul Yusof tak jadi saman

Syamsul Yusof Tak Jadi Saman JAWI, MAIWP

Pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof pada hari ini memutuskan untuk menarik balik samannya di Mahkamah Tinggi terhadap pegawai penyiasat dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) serta Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Saman yang difailkannya pada sebelum ini dilaporkan berhubung dengan isu dakwaan yang dikatakan menyebar fakta aib mengenai hubungannya dengan Ira Kazar.

Petugas didakwa telah menyebarkan fitnah tersebut kepada ibu pelakon itu, Datin Patimah Ismail.

Peguam, Azahir Nasir yang mewakili pengarah filem kutipan tertinggi ‘Mat Kilau’ itu mengesahkan berkenaan isu terbabit.

Pengesahan itu dibuat selepas selesai prosiding pengurusan kes di hadapan Hakim, Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh yang dibuat secara dalam talian.

Saman telah difailkan pada 28 Mac lalu membabitkan dua kakitangan jabatan

Pada 28 Mac lalu, Syamsul telah memfailkan saman terhadap MAIWP dan dua kakitangan jabatan itu selepas didakwa menyebarkan fakta aib dan memalukan.

Penyebaran itu dikatakan telah dibuat kepada ibu Syamsul Yusof berhubung kenyataan isterinya, Ira Kazar selepas dipanggil JAWI pada Ogos tahun lalu.

Syamsul atau Mohd Shamsul Md Yusof selaku plaintif telah mengambil tindakan undang-undang tersebut melalui Tetuan Azahir Surainie & Azizan Ariff.

Syamsul telah menamakan Pegawai Hal Ehwal Islam di Bahagian Penguatkuasaan Jawi, Mohd Haris Abdllah termasuk Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib Ismail sebagai defendan.

Berdasarkan kenyataan tuntutan tersebut, pengarah berusia 39 tahun itu telah menuntut ganti rugi teladan ke atas defendan. Tuntutan tersebut dibuat kerana defendan didakwa dengan sengaja berniat jahat untuk membuka aibnya.

BACA: Lelaki Ajar Teknik Mudah Guna “Chopstick”, “Confirm” Ramai Boleh Buat

Selain itu, Syamsul juga telah memohon deklarasi mengenai gambar kenyataan yang mengandungi nama Syamsul dan Ira. Ia berkaitan dengan separuh tandatangan dan pernyataan bertulis yang telah diambil oleh defendan atau ejennya.

Permohonan itu tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan undang-undang yang berkait.

Dalam pada itu, Syamsul juga memohon deklarasi bagi gambar pernyataan tersebut yang telah dirakam oleh defendan atau ejen adalah dokumen dalam kawalan mereka.

Sumber: Sinar Harian

The post Syamsul Yusof Tak Jadi Saman JAWI, MAIWP appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*