Tak Henti Nangis, Jeon So Min Tak Dapat Tahan Sebak Tinggalkan Running Man

so min tinggalkan running man

Tak Henti Nangis, Jeon So Min Tak Dapat Tahan Sebak Tinggalkan Running Man

Selepas enam tahun menjadi ahli tetap dalam program aneka ragam popular, Running Man, pelakon Korea Selatan, Jeon So Min tidak dapat menahan tangisannya pada episod yang ditayangkan baru-baru ini.

Pada episod terakhir kemunculannya, So Min mengambil peluang mengungkapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam rancangan tersebut.

Tidak hanya itu, So Min juga membuat penghargaan di Instagram peribadinya dengan menyatakan perasaannya setelah memutuskan untuk meninggalkan Running Man.

“Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada semua yang telah bersama saya dan mereka yang menyokong Running Man.

“Kepada anda semua yang menyayangi diri saya ketika saya merasakan diri saya tidak sempurna, saya ucapkan terima kasih sangat-sangat.

“Banyak gelak tawa dan keseronokan apabila kita berkumpul. Saya berharap kegembiraan yang kami berikan sampai kepada penonton,” katanya pada Isnin.

Hantaran itu turut disertakan video yang memaparkan momen So Min bersama ahli dan kru Running Man semasa sesi penggambaran.

So Min turut meminta orang ramai supaya berterusan memberi sokongan kepada program tersebut walaupun dia tidak lagi menjadi ahli mereka.

“Teruskan mencintai Running Man. Dan semua orang yang berada bersama Jeon So Min dalam Running Man, terima kasih banyak atas kasih sayang anda,” ujarnya.

Rakaman yang dimuat naik itu juga menunjukkan So Min mencebik dan menitiskan air mata kerana sedih mahu meninggalkan kru produksi.

BACA: Setelah 6 Tahun, Jeon So Min Bakal Keluar Dari Running Man

Sebelum ini, Lee Kwang Soo telah meninggalkan rancangan itu. Episod terakhir Lee Kwang Soo telah menyebabkan ramai peminat mengalirkan air mata.

Bagaimanapun, pada kali ini penonton sekali lagi berduka apabila So Min meninggalkan Running Man setelah enam tahun menyertai rancangan itu.

So Min yang selalu menjadi vitamin dalam Running Man tidak lelah untuk membuat penonton dan ahli yang lain ketawa dan personalitinya yang menarik membuatkan ramai yang mudah terhibur dengan gelagat yang ditunjukkan.

Pun begitu, pada ketika ini peminat tidak dapat menyorokkan kerisauannya sekiranya rancangan Running Man akan ditamatkan jika ramai ahli memutuskan untuk keluar.

Sumber: jsomin86/Instagram

The post Tak Henti Nangis, Jeon So Min Tak Dapat Tahan Sebak Tinggalkan Running Man appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*