Tak Ikut Jam, Lelaki Kongsi Cara Nak Tahu Waktu Berbuka Dari Atas Kapal

waktu berbuka atas kapal

Tak Ikut Jam, Lelaki Kongsi Cara Nak Tahu Waktu Berbuka Dari Atas Kapal

Sewaktu bulan puasa tiba, ramai akan mengambil peluang untuk berbuka bersama kaum keluarga di rumah mahupun kampung halaman.

Secara lazimnya, ramai diantara kita yang berbuka puasa di rumah atau kedai-kedai makan pastinya akan merujuk kepada laungan azan maghrib.

Namun begitu, mereka yang bekerja di perantauan terutama di atas kapal pula memiliki cara yang berbeza untuk berbuka puasa.

Mereka mempunyai cara unik yang tersendiri untuk menentukan masuknya waktu berbuka.

Menerusi perkongsian seorang pengguna di TikTok yang menggunakan nama @adampenang, dia telah berkongsikan berkenaan bagaimana cara mereka yang bekerja di atas kapal untuk menentukan sudah tiba masanya waktu berbuka puasa.

Berdasarkan perkongsian video tersebut, mereka akan mengetahui masuk waktu berbuka hanya dengan melihat matahari yang terbenam dan bukannya menunggu laungan azan atau merujuk kepada jam.

Kredit TikTok

Video berdurasi 46 saat itu menunjukkan seorang lelaki di sebalik rakaman video berkenaan melihat ke arah matahari. Dia kemudiannya mengira detik matahari tersebut terbenam untuk berbuka puasa bersama rakan sekerjanya di atas sebuah kapal.

Kredit TikTok

Guna matahari untuk berbuka

“Jam tak lagi diperlukan untuk berbuka,” tulis kapsyen muat naik video berkenaan.

Dalam video itu lagi, jelas dapat dilihat keadaan matahari tersebut dengan perlahan-lahan mula terbenam di sebalik air laut yang terbentang luas.

Usai matahari tidak kelihatan, barulah mereka yang berada di atas kapal itu akan boleh berbuka puasa.

Kredit TikTok

Namun begitu, di mana lokasi dan bila video tersebut dirakam masih tidak dapat dikenal pasti lagi kerana kekurangan maklumat yang disampaikan oleh lelaki tersebut.

Perkongsian lelaki tersebut turut mendapat reaksi yang pelbagai daripada penonton yang menonton video tersebut.

BACA: Ada 800 Kedai Pakaian, Ni Tempat Terbaik Korang Beli Baju Raya, Senang ‘Match’ Satu Keluarga

Antara komen yang ditinggalkan oleh mereka adalah:

“Dari terbit matahari hingga terbenam matahari depan mata. Alhamdulillah, pelbagai pengalaman berpuasa,” tulis seorang netizen.

“Wahh Alhamdulillah. Terima kasih tuan kongsi pengalaman,” tulis seorang netizen yang teruja dengan kebesaran tersebut.

“Ya dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Jika nampak matahari kena ikut pergerakan matahari. Jika tak nampak matahari baru ikut masa,” tulis seorang netizen yang menerangkan kejadian tersebut.

@adampenang

Jam tak lagi diperlukan untuk berbuka. #ramadhankareem #fyp #se #offshorelife

♬ original sound – Adam Penang – Adam Penang

Sumber: Adam Penang via TikTok

The post Tak Ikut Jam, Lelaki Kongsi Cara Nak Tahu Waktu Berbuka Dari Atas Kapal appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*