“Tak dinafikan, apabila mempunyai anak-anak masih kecil perbelanjaan keperluan mereka seperti pakaian boleh tahan besar juga. Namun, saya bersyukur anak-anak saya rezeki mereka sangat murah. Cuma Azura, sekolah dia yang saya masukkan sekarang adalah sekolah terbaik. Namun, ia memerlukan perbelanjaan yang besar.
“Jadi, saya tiada masalah dan menjadi halangan kerana saya cari rezeki pun untuk mereka,” itulah kata penghibur legenda, Datuk Jamal Abdillah, 63, yang tidak kisah apabila perlu mengeluarkan perbelanjaan besar untuk pendidikan anak-anaknya, asalkan mereka dapat menimba ilmu di sekolah terbaik dan kesihatan mereka sentiasa terjaga serta membesar dengan baik.
Be the first to comment