Terkejut Lihat Ular Sawa Sepanjang 3 Meter Atas Jalan

ular sawa 3 meter pengkalan chepa

Terkejut Lihat Ular Sawa Sepanjang 3 Meter Atas Jalan

Seekor ular sawa sepanjang tiga meter telah mengejutkan pengguna jalan di Kawasan Perindustrian Padang Tembak, Pengkalan Chepa pada Isnin.

Menurut laporan Sinar Harian, kehadiran reptilia itu telah disedari seorang pengguna jalan raya pada kira-kira jam 9.00 malam.

Ular berkenaan ditemui oleh pengguna jalan raya, Hakimi Amin ketika sedang menunggang motosikal bersama seorang rakan dari Sabak.

Pekerja am yang berusia 22 tahun itu bersama rakannya sedang dalam perjalanan ke pasar malam Padang Tembak sebelum ternampak kelibat haiwan berkenaan menyusuri di kawasan simpang tiga.

Pada awalnya, mereka membiarkan ular tersebut di atas jalan dan meneruskan perjalanan ke destinasi yang ingin dituju.

Namun, ular sawa tersebut masih kelihatan di lokasi yang sama ketika mereka sedang dalam perjalanan pulang dari pasar malam.

“Saya terus ke pasar malam dan semasa dalam perjalanan balik, ular tersebut masih lagi berada di atas jalan dalam keadaan tidak bergerak.”

ular sawa 3 meter pengkalan chepa
Kredit: Sinar Harian

Semakin ramai orang berkumpul untuk menyaksikan ular sawa berkenaan

BACA: Enam Terkorban Akibat Gempa Bumi Di Jepun

Malah, Hakimi berkata kehadiran ular itu menyebabkan pengguna jalan raya yang lain turut memberhentikan kenderaan.

“Pengguna jalan raya mula memberhentikan kenderaan masing-masing dan memenuhi kawasan itu untuk melihat ular berkenaan,” ujarnya.

Menurut Hakimi, orang ramai telah membantu dengan membuat panggilan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) .

Selepas panggilan dibuat, pihak bomba telah tiba ke lokasi kejadian pada jam 9.17 malam dan menangkap ular berkenaan yang seberat kira-kira 10 kilogram.

Kata Hakimi, ini merupakan kali pertama dirinya berhadapan dengan seekor ular yang bersaiz agak besar di lokasi terbabit.

“Apabila diusik bahagian ekor, ular tersebut menyusur laju menyeberangi jalan.

“Bagaimanapun ular itu dapat ditangkap oleh tiga anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa hanya dalam tempoh tiga minit,” katanya.

BACA: “Kenalpasti Jenis Ular..,” Bomba Kongsikan Tips Tangani Haiwan Berbisa Seperti Ular

Sumber: Sinar Harian

The post Terkejut Lihat Ular Sawa Sepanjang 3 Meter Atas Jalan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*