Tak Perlu “Print”, Cara Kongsi & Terima Road Tax Pakai App MyJPJ

kongsi terima road tax atas talian

Tak Perlu “Print”, Cara Kongsi & Terima Road Tax Pakai App MyJPJ

Ketika memandu kenderaan peribadi milik orang lain, seperti ahli keluarga, anda sudah tentu tertanya-tanya dengan status road tax jika ada sekatan jalan nanti, kan?

Mana taknya, kini kita sudah tidak perlu mempamerkan ‘road tax’ ataupun nama rasminya, Lesen Kenderaan Malaysia pada cermin hadapan kereta.

Sebaliknya, akses kepada dokumen penting kenderaan itu beralih secara digital yang kini dikenali sebagai Lesen Kenderaan Malaysia Digital (e-LKM).

Setiap pemilik kenderaan perlu memuat turun aplikasi MyJPJ sekiranya mahu mengakses dokumen berkenaan.

Akan tetapi, perlaksanaan ini dilihat kurang praktikal bagi individu yang kerap menggunakan kenderaan atas nama orang lain.

Mana mungkin pemilik kenderaan mahu meminjamkan telefon peribadinya untuk dibawa oleh orang lain, biarpun ahli keluarga sendiri.

Mujurlah, bermula 2 Januari lepas, pengguna kini boleh berkongsi road tax secara digital menerusi aplikasi MyJPJ.

Melalui fitur ini, anda tidak perlu mencetak road tax digital anda pada kertas A4 lagi selepas ini.

Bagi sesiapa yang ingin berkongsi e-LKM kepada orang lain, anda boleh ikuti langkah di bawah:

Cara mudah kongsi dan terima road tax secara atas talian

Pemilik e-LKM

Bagi pemilik kenderaan yang ingin berkongsi e-LKM kepada orang lain, anda perlu membuka aplikasi MyJPJ dan pergi ke “Profil”.

Kemudian, klik “Lesen Kenderaan Motor” dan pilih nombor pendaftaran kenderaan yang ingin dikongsi kepada orang lain.

kongsi road tax digital
Kredit: JPJ

Seterusnya, tatal skrin ke bahagian bawah dan klik pada butang “Kongsi LKM”.

Kemudian, masukkan nombor kad pengenalan penerima serta tempoh perkongsian e-LKM tersebut.

Setelah memasukkan keterangan diminta, klik pilihan “Ya” untuk pengesahan perkongsian LKM kepada penerima.

kongsi road tax digital
Kredit: JPJ

Paparan permohonan berjaya dan kod keselamatan akan dipaparkan. Beri kod berkenaan kepada penerima untuk diaktifkan.

Namun begitu, diingatkan bahawa kod keselamatan ini hanya aktif untuk tempoh 24 jam (sehari) sahaja.

Penerima e-LKM

Bagi penerima pula, sama seperti pemilik e-LKM, anda juga perlu membuka aplikasi MyJPJ dan pergi ke “Profil”.

Seterusnya, klik pada bahagian “Lesen Kenderaan Motor” dan tekan pilihan  “Jana Semula”.

gfgg
Kredit: JPJ

Pada bahagian “LKM Dikongsi”, pilih nombor pendaftaran kenderaan milik pemilik terbabit dan masukkan kod pengaktifan dan kemudiannya, tekan “Hantar”.

e-LKM kini berjaya diaktifkan dan penerima kini boleh melakukan semakan melalui bahagian Lesen Kenderaan Motor.

kongsi road tax digital
Kredit: JPJ

Dengan cara ini, anda sudah tidak lagi merasa seram sejuk apabila melalui sekatan jalan raya, ketika menggunakan kereta bukan milik anda.

BACA: Penuh Udang & Sotong, Pelanggan Pecah Rekod Harga Lauk Nasi Kandar

Sumber: JPJ & Wiser.My

The post Tak Perlu “Print”, Cara Kongsi & Terima Road Tax Pakai App MyJPJ appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*