Ketua Pembangkang Korea Selatan, Lee Jae-myung Ditikam Di Leher

lee jae-myung ditikam

Ketua Pembangkang Korea Selatan, Lee Jae-myung Ditikam Di Leher

Pemimpin parti pembangkang di Korea Selatan, Lee Jae-myung telah ditikam ketika sedang berucap di depan wartawan di bandar pelabuhan, Busan hari ini, lapor AFP.

Agensi berita tempatan, Yonhap melaporkan bahawa Lee telah ditikam pada bahagian leher dan dapat dilihat tersungkur di atas lantai bersama sehelai sapu tangan yang membaluti luka tikaman.

Rakaman di televisyen menunjukkan seorang lelaki menerjah ke arah Lee dan menyerangnya dengan satu objek pada lehernya.

Selepas serangan terbabit, Lee telah rebah dan beberapa orang bergegas ke arahnya untuk memberi bantuan kecemasan.

Tambah Yonhap, Lee berada dalam keadaan sedar ketika beliau dibawa ke hospital. Manakala, penyerang yang tidak dikenal pasti identitinya telah ditahan serta merta di lokasi kejadian.

Terdahulu, Ketua Parti Demokratik itu telah kalah di tangan Yoon Suk Yeol secara sengit dalam pilihan raya presiden pada tahun lepas.

Lee yang juga dahulunya merupakan bekas buruh kanak-kanak di sebuah kilang telah mengalami kecederaan ketika berkerja dan berhenti sekolah ketika masih remaja.

Nama beliau telah naik dalam dunia politik di Korea Selatan melalui kisah kehidupan daripada seorang yang miskin sehingga menjadi kaya pada hari ini.

Akan tetapi, peluangnya untuk mendapatkan jawatan tertinggi telah dikaburi dengan beberapa skandal-skandal yang dikaitkan dengan namanya.

Berita lanjut bakal menyusul.

BACA: Enam Terkorban Akibat Gempa Bumi Di Jepun

Sumber: AFP

 

The post Ketua Pembangkang Korea Selatan, Lee Jae-myung Ditikam Di Leher appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*