Tak Perlu Sakit Kepala, Ni Langkah Perlu Buat Jika Developer Tak Mahu Baiki “Defect” Rumah

langkah developer baiki rumah

Siapa yang pernah lalui situasi di mana pemaju tidak ambil peduli tentang kecacatan yang berlaku pada rumah di saat kita sudah menerima kunci?

Bagi mereka yang pernah melalui situasi begini pasti pening hendak memikirkannya susulan pemaju berkeras tidak mahu baiki atas sebab-sebab tertentu.

Sekarang ini mudah sahaja nak buat kalau pemaju berkeras tidak mahu baiki kecacatan rumah walaupun kita masih ada waranti.

Menerusi perkongsian Nazuha Bakar, dia berkongsi tentang cara yang perlu dilakukan jika pemaju tidak menjalankan tugas mereka atau dengan langkah mudah melepaskan tangan.

Ikuti perkongsiannya di bawah ini.

BACA: “Defect Liability Period” Pemilik Boleh Tuntut Pemaju Betulkan ‘Kecacatan’ Rumah Secara Percuma Selepas Terima Kunci

Langkah perlu buat kalau developer berdegil tak nak baiki defect rumah

Lain kali tidak perlu bertekak dengan developer kalau developer berdegil tidak mahu baiki defect rumah kita, buat sakit anak tekak sahaja. Kalau rumah kita masih under Defect Liability Period (DLP) lagi mudah kita nak ambil tindakan.

Kalau mereka (developer) tidak mahu baiki defect, buat ikut langkah ini.

Langkah pertama:

Hantar formal letter ke developer dan cc ke peguam S&P kita. Hantar guna pos berdaftar (supaya ada record).

Langkah kedua:

Tiada tindakan selepas 30 hari, hantar surat kedua untuk peringatan dan akan report ke tribunal. Surat mesti cc ke peguam S&P.

Langkah ketiga:

Tiada tindakan juga selepas 14 hari, bawak dua surat ini dan pergi ke tribunal. Tribunal memang akan memihak pada pembeli.

Nota:

1. Kenapa kene cc ke peguam S&P kita?

Sebab duit loan dari bank pinjaman kita, peguam kita yang control. Kebiasaannya peguam dan bank tidak akan lepaskan duit 100 peratus, mereka hanya release 95 peratus sahaja dan akan simpan 5 peratus retention sum.

Kontraktor mesti kena selesaikan semua kecacatan baru boleh terima 5 peratus retention sum after DLP.

2. Bila peguam dan bank akan release 5 peratus retention sum?

Bank akan release retention sum selepas end defects liability period (DLP). DLP adalah 24 bulan.

Tapi developer pun cuba tipu saya, mengatakan DLP cuma tiga bulan masa ambil kunci, tapi saya pun dari industry pembinaan, jadi memang tahu 24 bulan. Saya pun ada rakan-rakan dalam industri ini, mudah saya nak semak dengan arkitek, quantity surveyor dan kontraktor lain.

3. Apa guna Bank tahan 5 peratus retention sum tu?

Apabila jadi kalau kontraktor berdegil tidak mahu baiki defect tu masa DLP period? Pemilik boleh baiki sendiri kecacatan tu dan claim balik duit repair tu dengan syarat kita dah hantar surat ke developer seperti langkah-langkah di atas.

Developer pun boleh baiki dan deduct dari amount 5 peratus retention sump.

4.  Apa jadi keretakan selepas tempoh DLP?

Ada sesetengah kerosakan yang cover selepas DLP period, antaranya keretakan dinding. Masih ada waranti bangunan, ini saya tidak pasti berapa lama, mungkin 50 tahun (maaf saya tak ingat).

Jadi apa tindakan yang perlu kita lakukan? Hantar surat ke developer, dah buat langkah kedua masih tiada tindak balas dari developer, pergi tribunal buat report.

Kawan saya beli rumah subsale kat A*********, rumah retak (major), sebelum masuk rumah dia basuh lantai tapi air boleh meresap ke rumah sebelah. Report ke PKNS, mereka memang baiki, ambik masa sebulan untuk buat strengthening structure balik. Rumah tersebut ada mendapan, tu yang menyebabkan rumah tu rosak teruk.

============

Pengalaman saya

Pengalaman pertama

Cermin di balkoni saya tiba-tiba pecah.

Saya isi form defect kat pemaju tapi alasan pemaju cermin di balkoni tu external (luar rumah) jadi tu bukan under defect yang kontraktor perlu baiki. Pemilik kena baiki sendiri. Kontraktor hanya baiki dalam rumah sahaja.

Kira mereka berdegil tidak mahu baiki cermin di balik balkoni saya. 

Saya just buat langkah pertama. Hantar surat formal, cc ke peguam saya dan hantar melalui pos berdaftar. Saya pun ada hantar by hand sebab takut pos berdaftar lambat.

Tapi kalau guna pos berdaftar lagi kukuh sebagai bukti nak bawak ke mahkamah tribunal.

Hari ketiga tu, wakil developer dan pihak kontraktor datang ke rumah saya untuk periksa dan bersetuju ganti semula.

Kes selesai.

……….

Pengalaman kedua

Bocor dalam bilik air saya betul-betul di atas cermin, menyebabkan cermin jadi tompok-tompok hitam.

Cermin itu saya built in, saya tambah selepas dapat kunci.

Kredit: Wa Aqilah Aqeel @ Nazuha Abu Bakar/Facebook

Saya dah periksa dengan rakan saya merupakan quantity surveyor, cermin saya rosak disebabkan kecacatan bangunan memang tanggungjawab kontraktor kena tukar baru.

Kontraktor tidak mahu layan, jadi saya buat sampai langkah kedua. Selepas itu kontraktor sendiri cari kita, mungkin disebabkan 5 peratus retention sum tu peguam kita tahan.

So kontraktor kene dapatkan release letter dari pemilik baru peguam kita lepaskan retention sum tu.

Tidak sempat pun saya report ke tribunal.

Kes selesai.

Sumber: Wa Aqilah Aqeel @ Nazuha Abu Bakar/Facebook

The post Tak Perlu Sakit Kepala, Ni Langkah Perlu Buat Jika Developer Tak Mahu Baiki “Defect” Rumah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*