Tak Sangka Jualan Perniagaan Cecah RM40,000, Pelajar 14 Tahun Lunas Tanggungjawab Bayar Zakat

pelajar 14 tahun zakat

Tak Sangka Jualan Perniagaan Cecah RM40,000, Pelajar 14 Tahun Lunas Tanggungjawab Bayar Zakat

Bayar zakat perniagaan berjumlah RM10,000, seorang pelajar 14 tahun terkejut perniagaannya mampu mencapai jualan sebanyak RM40,000 sejak berada di pasaran pada September lalu.

Lapor Sinar Harian, Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya Mohd Mustamaman tampil membayar zakat tersebut kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) pada Khamis.

Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya yang merupakan pengasas produk pemakanan Bebycurf membuat bayaran kepada Ketua Pegawai Zakat MAIK, Ameer Azeezy Tuan Abdullah.

“Sepanjang empat bulan, produk saya sudah mencecah jualan sebanyak itu (RM400,000),” katanya.

Dia berkata demikian ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya yang juga merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubang Bemban, Pasir Mas berkata kedua ibu bapanya menasihatinya untuk membayar zakat setelah melihat kepada nilai jualan.

Ujarnya, tanpa berlengah dia terus menunaikan tanggungjawab dengan melaksanakan salah satu Rukun Islam iaitu berzakat dengan MAIK.

“Alhamdulillah, saya lega dapat berbuat demikian dan berharap sumbangan itu dapat membantu golongan yang memerlukan,” tambahnya.

Difahamkan, produknya mendapat sambutan hangat apabila dia mula menjual di platform terkenal, iaitu TikTok.

Dia turut menzahirkan rasa bersyukur kepada pelanggan kerana memberikan sokongan penuh terhadap perniagaannya.

Dalam pada itu, ibunya Bibi Hasnalinda Zainal Abidin berkata beliau terharu dengan usaha yang ditunjukkan oleh anaknya itu untuk berzakat.

Sehubungan itu, dengan usaha yang ditunjukkan oleh anaknya, Bibi berharap ia dapat menjadi contoh kepada usahawan dan ahli perniagaan lain untuk sama-sama berzakat.

BACA: Bayar Zakat Secara Bulanan, “Hati Rasa Tenang, Tidur Lebih Berkualiti,”

‘Bayarlah zakat, nanti rasa sendiri dia punya vibes tu’ – Amir Raja Lawak

Kredit: FB PPZ

Sebelum ini, media melaporkan penghibur tanah air, Amir Raja Lawak menasihati orang ramai untuk menjelaskan bayaran zakat.

Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 33 tahun berkongsi perasaannya sedemikian selepas dirinya membayar zakat kepada Pusat Pungutan Zakat (PPZ).

Amir menjelaskan bahawa membayar zakat sebenarnya ada auranya yang tersendiri dan turut menasihati orang ramai agar menjalankan tanggungjawab masing-masing.

“Saya cuma nasihatkan, bayarlah zakat. Nanti akan rasa sendiri dia punya vibes selepas bayar tu. Rezeki tu lagilah kan sebab rezeki dari Allah dan kita pun buat apa yang dituntut.

“Perasaan tu tak boleh diungkapkan dengan lidah, hanya tuan badan sendiri yang akan rasa ‘magik’nya itu. Dia punya lega tu rasa puas sangat dan ibarat dah berjaya langsai hutang tertunggak,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

The post Tak Sangka Jualan Perniagaan Cecah RM40,000, Pelajar 14 Tahun Lunas Tanggungjawab Bayar Zakat appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*