Takiyuddin jangan gopoh dokumen ada bersama saya – Anwar

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dinasihatkan agar tidak gopoh mengeluarkan kenyataan penafian berhubung dana perjudian, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menter yang memulakan tugas sebagai Menteri Kewangan hari ini menjelaskan bahawa berlaku pelanggaran dalam isu berkenaan.

“Saya nak nasihat (Datuk Seri) Takiyuddin jangan gopoh.

“Saya sekarang di Kementerian Kewangan dan ada dokumen bersama saya,” katanya dalam sidang media di Kementerian Kewangan.

Anwar berkata demikan mengulas kenyataan Takiyuddin yang kesal dengan tuduhan berunsur fitnah yang dikeluarkan Anwar yang membayangkan kononnya dana pilihan raya Perikatan Nasional (PN) datang dari syarikat perjudian.

Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette

Buktikan dana PRU datang dari syarikat judi atau kami saman – Pas

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dituntut mengemukakan bukti atas dakwaaan beliau kononnya dana pilihan raya Perikatan Nasional (PN) datang dari syarikat perjudian.

Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya amat kesal dengan tuduhan berunsur fitnah itu yang dilemparkan Perdana Menteri dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet semalam.

”Tuduhan tersebut langsung tidak berasas dan Pas menuntut Perdana Menteri memberikan bukti yang nyata terhadap tuduhan liar tersebut jika ada.

”Sekirannya gagal Perikatan Nasional akan meneliti suatu tindakan perundangan terhadap pihak-pihak yang memfitnah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam Anwar yang juga Menteri Kewangan membayangkan dana pilihan raya umum ke-15 yang digunakan oleh Perikatan Nasional datang dari sumber perjudian.

“Berkenaan judi, pastinya sebahagiannya digunakan untuk mendanai pilihan raya. (Saya telah minta) semakan terhadap perkara itu.

“Walaupun anda gelar diri anda parti Melayu atau parti Islam, dana datang dari syarikat judi,” katanya. — MalaysiaGazette

BACA: Anwar bayangkan dana pilihan raya PN dari syarikat judi

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*