“Anda Perlu Sihat Untuk Cantik”, Nasihat Han So Hee Bila Peminat Tanya Macam Mana Nak Kurus

han so hee amaran peminat badan kurus

“Anda Perlu Sihat Untuk Cantik”, Nasihat Han So Hee Bila Peminat Tanya Macam Mana Nak Kurus

Pelakon terkenal Korea Selatan, Han So Hee baru-baru ini memberikan nasihat mendalam kepada mereka yang mengimpikan tubuh ramping sepertinya.

Nasihat berkenaan diberikan ketika beliau menjawab satu soalan yang diajukan peminat ketika melakukan satu sesi siaran langsung pada 4 Ogos lalu.

Peminat difahamkan bertanya kepada So Hee apa yang harus dilakukan sekiranya dia mahukan bentuk tubuh ramping dan kurus seperti pelakon tersebut.

Nasihat Han So Hee untuk peminat yang nak kurus sepertinya

Bagaimanapun, So Hee pantas mengingatkan peminat tersebut dan orang ramai perkara itu mungkin bukan perkara yang mereka inginkan.

”Elak jadi ramping dan kurus seperti saya. Tolong jaga kesihatan anda baik-baik. Walaupun kecantikan dalaman memainkan peranan penting, namun kerjaya lakonan memerlukan saya mengutamakan kecantikan luaran. Sebab itulah saya menjaga berat badan dan tampil ramping.

“Jika tidak, saya hanya perlu mengekalkan berat badan saya pada paras yang normal. Saya rasa kita memang tidak boleh mengubah standard kecantikan yang difahami orang ramai.

”Memang ia lebih baik jika anda dapat menggayakan pakaian yang sesuai dengan bentuk badan sendiri. Tetapi saya berharap kalian tidak berlebihan mengurangkan berat badan sehingga menjejaskan kesihatan sendiri.

“Ia merupakan perkara yang baik jika anda dapat memakai pakaian yang bersesuaian dengan bentuk badan anda, tetapi saya berharap agar kalian tidak mengurangkan berat badan, pada masa yang sama menjejaskan kesihatan sendiri.

“Anda tidak akan menjadi cantik, dengan hanya kelihatan kurus semata-mata. Anda perlu menjadi sihat untuk kelihatan cantik,” jelasnya.

Untuk makluman, Han So Hee dikenali sebagai seorang pelakon drama Korea Selatan yang memiliki tubuh yang kecil dan langsing.

Beliau banyak membintangi drama dan filem terkenal negara tersebut. Terbaru, beliau muncul dalam beberapa drama meletup antaranya The World of the Married.

Ketika sesi tersebut, beliau telah menunjukkan telefon lipat baharunya di hadapan peminatnya. Mereka mendapati bahawa aplikasi perbualan dapat berfungsi dengan baik pada telefon yang bersifat ala-ala retro itu.

BACA: Kejap Kiri Kejap Kanan, Kenapa Posisi Tangki Minyak Tak Sama Setiap Kereta? Ini Jawapannya

Sumber: Koreaboo

The post “Anda Perlu Sihat Untuk Cantik”, Nasihat Han So Hee Bila Peminat Tanya Macam Mana Nak Kurus appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*