Taklimat Presiden UMNO, Ismail Sabri hilang?

KUALA LUMPUR – Kelibat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak kelihatan pada Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 yang berlangsung di Dewan Merdeka, di sini hari ini.

Perkara itu menjadi perhatian oleh kerana beliau merupakan Naib Presiden UMNO dan juga bekas Perdana Menteri.

Menerusi tinjauan Kosmo!, kehadiran Ismail Sabri tidak dilihat di pekarangan Dewan Merdeka bagi menghadiri taklimat tertutup Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang bermula pada pukul 3 petang tadi.

Dalam masa sama, pemimpin tersebut juga dilihat tidak muncul dan menyertai rombongan bersama pemimpin lain semasa ketibaan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.

Terdahulu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri tiba di Dewan Merdeka kira-kira pukul 3.10 petang tadi, bagi memimpin taklimat petang ini.

Beliau diiringi Datuk Seri Mohammad Hassan, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dan ketua-ketua sayap parti.

Turut hadir ialah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Khaled Nordin serta Tan Sri Noh Omar, Datuk Seri Reezal Merican dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani. – KOSMO! ONLINE

Kapsyen – Ahmad Zahid (tengah) melambai tangan ke arah perwakilan sebelum memulakan Taklimat Presiden di Dewan Merdeka. – KOSMO! ONLINE.

The post Taklimat Presiden UMNO, Ismail Sabri hilang? appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*