387 JKKK di Perlis diminta terus berkhidmat

KANGAR – Seramai 387 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang dilantik kerajaan terdahulu diminta untuk terus berkhidmat kepada masyarakat di negeri ini.

Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli berkata, kontrak perkhidmatan mereka yang tamat pada Disember lalu disambung sehingga Februari ini.

“Buat masa ini, kita (kerajaan negeri) telah memperbaharui kontrak mereka setiap bulan sehingga pelantikan JKKK baharu selepas pembentangan mini bajet pada 24 Februari ini.

“Kita akan berpandukan kepada arahan kerajaan Pusat kerana pembiayaan elaun JKKK ini di bawah seliaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW),” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Menyentuh mengenai kriteria pelantikan JKKK baharu, kata beliau, kerajaan negeri masih meneliti perkara tersebut dan lantikan baharu kelak dijangka mewakili pelbagai kaum dan parti politik.

Ketika ditanya mengenai pelantikan Ahli Majlis Perbandaran Kangar (MPK), Mohd. Shukri berkata, pihaknya telah menghantar senarai calon kepada pihak berkuasa tempatan itu.

“Buat masa ini, proses tapisan melihatkan pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang dilakukan sebelum nama calon diangkat untuk kelulusan Exco.

“Seramai 24 calon iaitu kuota penuh dihantar dan calon lantikan terdiri daripada pelbagai kaum serta terdapat juga wakil daripada pertubuhan bukan kerajaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post 387 JKKK di Perlis diminta terus berkhidmat appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*