Taksub Nak Jual Organ Jadi Motif Dua Remaja Bunuh & Culik Budak Berusia 11 Tahun

Taksub Nak Jual Organ Jadi Motif Dua Remaja Bunuh & Culik Budak Berusia 11 Tahun

Dua remaja di Kota Makassar, Indonesia yang berusia 17 dan 14 tahun telah ditahan pihak berkuasa selepas disyaki menculik dan membunuh seorang kanak-kanak.

Menurut Ketua Polis Panunukang, Kompol Abdul Azis berkata, kedua-dua suspek mengaku melakukan jenayah tersebut kerana terpengaruh aktiviti penjualan organ manusia yang menawarkan pulangan yang tinggi.

Pihak berkuasa turut menjelaskan bahawa remaja berusia 17 tahun yang dikenali sebagai AD merupakan perancang utama kejadian penculikan dan pembunuhan tersebut.

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV), turut merakam detik-detik awal kedua-dua suspek menculik mangsa yang berusia 11 tahun.

AD dilapor menaiki motorsikal ke lokasi penculikan di pasar mini di Jalan Batua Raya, Bandaraya Makassar untuk bertemu mangsa. Dia kemudiannya mengaku memperdaya mangsa dengan upah Rp 50,000 untuk membantu membersihkan rumahnya.

Mangsa yang menerima tawaran tersebut kemudian dibawa ke rumah suspek sebelum diminta untuk menunggu sebentar di situ.

Ketika itulah suspek membunuh mangsa dengan mencekiknya dari belakang dan menghantukkan kepalanya ke dinding sebanyak 5 kali sehingga meninggal dunia.

“Selepas mendapati mangsa meninggal dunia, suspek yang menjadi panik kemudian mengikat kaki mangsa dan memasukkannya ke dalam beg plastik hitam. Kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan, suspek bertindak membuang mayat mangsa di Pusat Pemeriksaan Pam Timur Nipa. -Waduk Nipa, Moncongleo, Kabupaten Maros,” kata Abdul Azis.

Terdahulu, misteri kehilangan mangsa sejak Ahad lalu terbongkar selepas mayatnya di temui Selesa lepas. Hasil siasatan polis termasuk penelitian ke atas CCTV akhirnya membongkar jenayah kejam tersebut.

BACA: Pelakon Kelahiran Malaysia, Michelle Yeoh Menang Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Golden Globe

Sumber: Kompas.com

The post Taksub Nak Jual Organ Jadi Motif Dua Remaja Bunuh & Culik Budak Berusia 11 Tahun appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*