Tujuh bas pekerja termasuk kenderaan ‘scrap’ disita

SEBERANG PERAI – Tujuh buah bas pekerja termasuk van kilang disita dalam satu operasi penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang di sekitar kawasan Perindustrian Batu Kawan dan Bandar Cassia, di sini semalam.

Menurut JPJ negeri, operasi itu dilakukan secara berfokus terhadap kenderaan perkhidmatan awam (KPA) dengan tumpuan diberikan terhadap bas pekerja yang berfungsi sebagai pengangkutan awam utama untuk operator pengeluaran.

Jelasnya, daripada tujuh kenderaan yang disita, tiga daripadanya didapati dipandu oleh warga asing manakala sebuah kenderaan lagi dikesan berstatus lupus dan ‘scrap’.

“Antara kesalahan lain adalah tiada lesen memandu (biasa) dan Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV), Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans selain menyalahgunakan LKM iaitu menggunakan van persendirian untuk membawa penumpang.

“Turut dikesan adalah beberapa kesalahan teknikal seperti tayar haus berlebihan, lampu isyarat dan brek tidak berfungsi serta tidak menyelenggarakan kenderaan dengan baik,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tambah kenyataan tersebut, seramai 10 warga asing turut ditahan Jabatan Imigresen Pulau Pinang yang turut serta dalam operasi tersebut. – KOSMO! ONLINE

The post Tujuh bas pekerja termasuk kenderaan ‘scrap’ disita appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*