Buaya Betina Diselamatkan Dari Tasik Didapati Tertelan Penyumbat Tab Mandi 4 Inci

buaya Tertelan Penyumbat Tab Mandi

Buaya Betina Diselamatkan Dari Tasik Didapati Tertelan Penyumbat Tab Mandi 4 Inci

Seekor buaya yang berjaya diselamatkan dari sebuah Tasik Prospect Park Brooklyn di New York pada hujung minggu lalu didapati tertelan penyumbat tab mandi selebar 4 inci, lapor New York Post.

Kini, buaya betina itu sedang menerima proses pemulihan di Zoo Brinx, kata pihak berkuasa.

Sebelum ini, aligator tersebut dijumpai di dalam air berhampiran Duck Island, kawasan yang popular dengan kanak-kanak dan berjaya dikeluarkan oleh pekerja taman.

Zoo Bronx mengesahkan dalam satu kenyataan pada Rabu lalu bahawa buaya berkenaan kini dalam penjagaan mereka dan sedang menjalani rawatan.

Baca: Terkenal Sebagai Kampung Jungkook & Jimin BTS, Rupanya Ini Yang Buat Ramai Tak Senang Duduk Bila Sebut Busan

Imbasan X-ray yang dijalankan semasa berada di zoo menunjukkan bahawa reptilia itu, yang dianggarkan berumur antara lima dan enam tahun telah tertelan penyumbat tab mandi.

Gambar: Bronx Zoo

“Buaya itu kini berada dalam keadaan terlalu lemah untuk mengeluarkan penyumbat itu,” kata pihak zoo dalam satu kenyataan.

“Kami akan terus memantaunya dan menentukan langkah seterusnya berdasarkan cara dia bertindak balas terhadap rawatan.” katanya.

Haiwan liar tidak boleh dijadikan haiwan peliharaan

Menurut laporan New York Post, pihak zoo mengatakan bahawa haiwan yang sesat itu berkemungkinan haiwan peliharaan milik seseorang yang dibuang ke tempat awam.

Buaya yang sepanjang empat kaki itu dikeluarkan dari Tasik Prospect Park Brooklyn dengan dibantu oleh beberapa orang pekerja.

Gambar: Bronx Zoo

“Kejadian ini adalah peringatan bahawa haiwan liar tidak boleh dijadikan sebagai haiwan peliharaan,” kata pihak zoo dalam kenyataan tersebut.

“Pemilik haiwan peliharaan yang bertanggungjawab tidak akan memberi kesan negatif kepada individu atau alam sekitar,” tambahnya.

Difahamkan bahawa haiwan reptilia itu sangat kurus dengan berat hanya 15 paun, buaya bersaiz sedemikian lazimnya mempunyai berat antara 30 dan 35 paun.

Menurut pihak berkuasa, buaya itu juga berada dalam keadaan lemah akibat terdedah kepada suhu yang sejuk.

“Selepas tiba di Zoo Bronx, haiwan berkenaan berada dalam proses pemilihan dan menerima penjagaan susulan,” lanjut kenyataan itu.

“Buaya betina itu terlalu lemah untuk makan sendiri dan terpaksa diberi makan melalui tiub untuk membekalkannya dengan nutrien serta cecair Vitamin B, antibiotik dan ubat antikulat,” tulis kenyataan tersebut.

Terdahulu, Peronda Penguatkuasaan Taman dan Renjer Taman Bandar dengan pantas bertindak untuk mengeluarkan buaya berkenaan dari tasik.

Kemudian, mereka membawa aligator itu ke Pusat Penjagaan Haiwan di Brooklyn sebelum dihantar ke Zoo Bronx.

Joseph Puleo, Naib Presiden Majlis Daerah, yang mewakili pekerja taman bandar memberitahu The Post bahawa kejadian itu benar-benar tidak dijangka.

“Kami dimaklumkan oleh seseorang yang melihatnya, ia tidak bergerak sama sekali,” kata Joseph.

Sementara itu, para pengunjung yang mengunjungi taman itu turut terkejut dengan kejadian itu.

“Anda tidak pernah menjangkakan untuk melihat sesuatu seperti itu di sini, tetapi saya berasa sedih,” kata seorang pengunjung yang dikenali sebagai Moses.

“Ia tidak sepatutnya berada di dalam tasik,” kata Moses.

Sumber: New York Post

The post Buaya Betina Diselamatkan Dari Tasik Didapati Tertelan Penyumbat Tab Mandi 4 Inci appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*