TalentCorp Membina Kumpulan Bakat Sarawak Yang Dipacu Industri Ke Arah Mencapai Matlamat Pembangunan Ekonomi 2030

TalentCorp

TalentCorp Membina Kumpulan Bakat Sarawak Yang Dipacu Industri Ke Arah Mencapai Matlamat Pembangunan Ekonomi 2030

KUCHING, 6 November – Dalam memastikan kumpulan bakat tempatan mencukupi, Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 Sarawak 2030 (PCDS 2030) telah meletakkan sasaran kadar tenaga kerja mahir tempatan sebanyak 30 peratus. Ia menjadi fokus utama dalam pembentukan Sarawak sebagai Negeri Maju pada tahun 2030 untuk memupuk tenaga kerja mahir serta mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing sejajar dengan pertumbuhan perindustrian yang semakin berkembang.

Sebagai salah satu langkah untuk mencapai sasaran ini, Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) bersama Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) Sarawak, serta Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA), bergabung tenaga memperkukuh usaha Sarawak untuk memupuk tenaga kerja mahir tempatan menjelang 2030 melalui inisiatif Industry-Academia Collaboration (IAC) oleh TalentCorp.

YB Dato Sri Roland Sagah Wee Inn, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, memuji usaha TalentCorp serta menekankan keberhasilan komitmen mereka ini dalam membuka jalan yang memenuhi matlamat Sarawak. Kerjasama ini membuka ruang yang kepada pihak Industri dan Akademia untuk memberikan pandangan yang tidak ternilai tentang sistem pendidikan negeri, yang membolehkan Kerajaan negeri menyusun serta menyesuaikan inisiatif untuk hasil yang lebih berkesan.

TalentCorp

“Visi kami bagi ekonomi digital Sarawak adalah untuk menjadikan negeri ini sebagai hab inovasi, teknologi dan kemakmuran ekonomi,” tambahnya.

Bengkel IAC merupakan platform perbincangan dalam kalangan kumpulan berfokus bagi mengumpulkan input, pandangan dan maklum balas daripada pihak berkepentingan IAC, serta menekankan isu berhubung tenaga kerja yang hadapi oleh industri. Bengkel IAC itu menghimpunkan lebih 80 orang peserta yang mewakili industri dan ahli akademik.

Thomas Mathew, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat TalentCorp turut menekankan wujud keperluan yang mendesak untuk membina kumpulan bakat sedia industri di masa hadapan. Inisiatif IAC memainkan peranan penting dalam membentuk tenaga kerja yang boleh disesuaikan dengan keperluan industri yang sentiasa berkembang.

“Inilah sebabnya kami berkumpul di sini hari ini – untuk meneroka strategi bagi membentuk dan memupuk kumpulan bakat yang berpotensi, dengan penekanan khusus pada sektor utama seperti Minyak dan Gas, Pembuatan,  Perkhidmatan serta sektor pelancongan yang akan berkembang maju dalam beberapa dekad akan datang,” tambahnya.

Dr Hadysyam Bin Junaidi, Pengarah Perkhidmatan Korporat, yang hadir bagi pihak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) RECODA, Datu Ismawi Hj Ismuni berkata, “Antara Misi kami termasuklah penarikan  pelaburan, melaksanakan projek pembangunan, mewujudkan pekerjaan untuk rakyat Sarawak, melibatkan pihak berkepentingan industri, menyokong komuniti tempatan, dan melaksanakan program peningkatan kemahiran dan pekerjaan yang berfokuskan industri, sejajar dengan visi Kerajaan”.

TalentCorp

Program EMPLOY@SCORE yang telah memanfaatkan 1,137 anak muda Sarawak dibangunkan untuk menangani masalah pengangguran dengan mencipta pekerjaan dan merapatkan jurang kemahiran berdasarkan permintaan industri. Kerjasama antara, Kementerian Sumber Manusia, TalentCorp, RECODA, MEITD, dan UNIMAS bertujuan untuk memastikan tenaga kerja mahir untuk pemain industri tersedia dan menggalakkan peningkatan kemahiran serta pembangunan tenaga manusia.

Untuk bekerjasama dengan TalentCorp serta maklumat lanjut berkaitan dengan Kerjasama Industri-Academia, sila layari www.talentcorp.com.my/initiatives/industry-academia-collaboration.

The post TalentCorp Membina Kumpulan Bakat Sarawak Yang Dipacu Industri Ke Arah Mencapai Matlamat Pembangunan Ekonomi 2030 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*