Suami Penggal Isteri Gara-gara Lewat Sediakan Minuman Teh

suami penggal isteri

Suami Penggal Isteri Gara-gara Lewat Sediakan Minuman Teh

Gara-gara lewat sediakan secawan teh, seorang lelaki warga emas di India bertindak memenggal kepala isterinya dengan pedang dalam kejadian di Uttar Pradesh berhampiran Delhi pada Selasa lepas, lapor Daily Star.

Asisten Komisioner Polis, Gyan Prakash Rai berkata siasatan mendapati pada awalnya pertengkaran berlaku adalah disebabkan minuman teh.

Bagaimanapun, ia menjadi parah selepas lelaki tersebut bertindak untuk mengeluarkan senjata tajam dengan niat mahu membunuh isterinya, menurut Gyan Prakash.

“Pasangan suami isteri itu bergaduh kerana teh. Lelaki itu kemudiannya mengeluarkan senjata tajam dan menyerang lehernya dari belakang yang membawa kepada kematian serta-merta,” katanya.

Gayn Prakash turut berkata suspek telah ditahan kerana disyaki membunuh isterinya, manakala mayat wanita itu telah dibawa ke hospital untuk bedah siasat.

Tambah Gyan Prakash, pihaknya sedang menjalankan siasatan terhadap kes tersebut.

BACA: Wanita Maut Ditetak Lelaki

Kronologi kejadian

Suspek berusia 52 tahun itu dikatakan berang kerana terpaksa menunggu isterinya yang lewat menyediakan minuman teh.

Dia yang juga bekerja sebagai penjual sayur didakwa menusuk isterinya yang berusia 50 tahun sebanyak 15 kali dengan pedang sebelum melakukan perbuatan kejam itu.

Kemudian, kejadian menjadi lebih parah hingga anak mereka yang berada di dalam rumah mendengar jeritan dan bergegas melihat apa yang berlaku.

Pun begitu, disebabkan bapanya berada dalam keadaan marah dia turut menyerang anaknya yang tidak bersalah.

Dalam masa yang sama, jeritan itu juga turut didiengari penduduk yang berada di kawasan itu membuatkan mereka berlari ke tempat kejadian.

Apabila tiba di tempat kejadian mereka mendapati wanita tersebut telah meninggal dunia dalam keadaan terbaring berlumuran darah.

Menurut anaknya, bapanya sering memulakan pergaduhan kerana teh susulan ia adalah minuman kegemarannya.

“Ayah saya sering bergaduh kerana minuman teh. Dia mempunyai tabiat minum teh sekurang-kurangnya lima hingga enam kali sehari.

“Jika ibu saya enggan membuat teh berkali-kali atau mengambil lebih masa daripada jangkaan, dia akan menjerit kepadanya.

“Tetapi saya tidak pernah melihat dia memukul ibu saya. Kami terkejut apabila melihat baring tidak bernyawa, darah mengalir keluar dari luka,” katanya memetik Times Of India.

Sumber: Daily Star

The post Suami Penggal Isteri Gara-gara Lewat Sediakan Minuman Teh appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*