Taliban perkenal ‘supercar’ Afghanistan Mada 9

KABUL  –  Pemerintah Taliban melancarkan kereta sport pertama yang direka dan dibina  di Afghanistan, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Kereta sport prototaip Mada 9 yang tampil agresif dan  anggun itu adalah kemuncak reka bentuk dan pembangunan lima tahun diketuai oleh 30 jurutera di fasiliti ENTOP dan Institut Vokasional Afghanistan (ATVI), Kabul.

Bagaimanapun, kenderaan itu dilihat tidak bergerak dalam hampir semua rakaman video yang beredar di media sosial dan ENTOP tidak mengeluarkan sebarang data prestasinya sama sekali.

Ia tidak mungkin menyaingi kereta sport seperti Bugatti dan McLaren dengan pasukan yang membina Mada 9 mendakwa enjinnya adalah daripada kereta hatchback Toyota Corolla.

Bagaimanapun, Ketua ATVI, Ghulam Haider memberitahu berita TOLO Afghanistan bahawa pengubahsuaian telah dibuat sedemikian rupa sehingga jika anda meningkatkan kelajuan kereta, enjinnya akan cukup kuat untuk memacu Mada 9..

Jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid dengan bangganya menyiarkan imej kereta itu di media sosial dan berkata,  pembinaannya adalah satu penghormatan untuk seluruh negaranya.

Ketua Pegawai Eksekutif ENTOP, Mohammad Riza Ahmadi memberitahu TOLO News bahawa 

kereta itu akan memulakan perjalanannya di Afghanistan dan suatu hari nanti mungkin ia akan ‘pergi’ ke peringkat antarabangsa. – Agensi

 

The post Taliban perkenal ‘supercar’ Afghanistan Mada 9 appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*