Bertahun Raya Tanpa Ayah, Ramai Boleh ‘Relate’ Tapi Part Ending Memang Tak Sangka

raya tanpa ayah

Bertahun Raya Tanpa Ayah, Ramai Boleh ‘Relate’ Tapi Part Ending Memang Tak Sangka

Bagi sesetengah umat Islam, perayaan Hari Raya adalah hari  yang istimewa di mana semua ahli keluarga tersayang berkumpul dibawah satu bumbung.

Manakala, sesetengah lagi mengaitkan Hari Raya dengan kehilangan kerana teringat pemergian orang tersayang sehingga membuatkan mereka terasa sayu mendengar takbir raya di pagi Aidilfitri.

Oleh itu, beberapa hari sebelum menjelang Syawal, ada yang sanggup mengambil cuti lebih daripada lima hari hanya untuk meluangkan masa bersama ibu bapa, mencipta kenangan yang tidak akan dilupakan seumur hidup.

Apabila bercakap mengenai raya, sudah semestinya banyak agensi di negara ini mengambil peluang menghidangkan iklan Raya yang mampu membuatkan hati kecil masyarakat tersentuh. 

Misalnya seperti filem pendek raya yang ditayangkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di laman Youtube pada Selasa lepas, yang memaparkan kasih sayang seorang bapa terhadap keluarganya.

Filem bertajuk Pesan Ayah itu berjaya membuatkan ramai sebak susulan terpalit dengan mesej yang disampaikan lebih-lebih lagi mereka yang bergelar ‘Ayah’ pastinya faham dengan perasaan watak tersebut.

Meskipun watak bapa yang dilakonkan Zamarul Hisham itu sibuk dengan pekerjaan namun dia tidak lupa dengan kewajiban yang dipikul dan intipati filem menunjukkan usahanya dalam menggalas tanggungjawab sebagai seorang bapa.

Ia  membawa mesej perlindungan dan kasih sayang seorang ayah kepada keluarganya yang turut sama membantu persiapan Aidilfitri meskipun di tengah kesibukan menyelesaikan tugas hakiki di pejabat.

Filem tersebut memfokuskan figura seorang bapa namun makna tersirat yang dipaparkan adalah berkenaan dengan rindu yang tidak berpenghujung seorang anak kepada bapanya.

Filem berdurasi tujuh minit itu membuatkan penonton tidak senang duduk ekoran emosi yang dirasakan meruntun jiwa.

PERKESO juga sempat menyelitkan mesej dengan menyatakan caruman yang dibuat oleh bapa semasa hidup mampu membantu ahli keluarga yang ditinggalkan untuk meneruskan kehidupan dengan bantuan PERKESO.

KESUMA sasar lebih 50,000 perkhidmat rumah ibadat carum PERKESO

Sementara itu, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata pihaknya menyasarkan lebih 50,000 pekhidmat rumah ibadat Islam akan mencarum bawah PERKESO hingga akhir tahun ini.

“Pada tahun 2023, pencaruman (golongan) ini melibatkan seramai 38,828 orang dan pada tahun ini 19,306 sudah mula mencarum (sehingga akhir Mac).

“Ia membabitkan RM9.039 juta dari segi kedudukan kewangan dan tahun ini pula sudah RM4.494 juta.

“Ertinya kita sedang bekerja bersungguh-sungguh untuk menggalakkan pencaruman ini tidak lain tidak bukan untuk masa depan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Iftar Kesuma Perkeso 2024 yang berlangsung di sebuah hotel di ibu kota pada Selasa.

The post Bertahun Raya Tanpa Ayah, Ramai Boleh ‘Relate’ Tapi Part Ending Memang Tak Sangka appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*