‘Tauke’ Beras Terkenal Umum Nak Beri Tajaan Beras Seumur Hidup Buat Pelanggan Bertuah

Tajaan Beras Seumur Hidup

Bab beras ni silap cakap boleh bawa ‘gaduh’. Dari isu siapa beli beras sampailah beras mana yang terbaik, sentiasa ada isu diperdebatkan. Tapi ada satu benda yang semua orang suka, dapat beras percuma! Kan seronok kalau ada yang sponsor beras sepanjang tahun? Lagi best, kalau dapat tajaan seumur hidup.

Ha kalau nak tahu, memang ada syarikat beras nak bagi peluang tajaan beras percuma untuk korang seumur hidup. Iya korang tak salah baca, syarikat yang min maksudkan ialah Serba Wangi Sdn. Bhd. Alah, yang keluarkan beras jenama Jati tu..

Kalau nak tahu cara nak menang, baca artikel ni sampai habis.

Sebenarnya tajaan beras setahun ni adalah antara hadiah daripada Jati bila korang sertai peraduan Beras Habis? Jati Supply!

Untuk sertai peraduan “Beras Habis? Jati Supply!” ini, korang perlu beli mana-mana beras Jati 5kg dan ke atas dalam satu resit dan WhatsApp gambar resit, nama penuh, nombor IC, nombor telefon dan hashtag #MenangJatiSeumurHidup ke talian ini.

Kalau korang beli beras Jati Signature Pusa Finest Basmathi 5kg, korang akan dapat dua entri. Seramai sepuluh orang yang bertuah akan mendapat hadiah utama iaitu tajaan beras Jati Signature Pusa Finest 5kg seumur hidup (satu paket sebulan).

Selain itu, tiga pemenang setiap bulan akan dipilih untuk memenangi mesin urut ITSU Hando, periuk nasi Khind atau tajaan beras 10kg Jati Signature Super Special Import selama setahun (satu paket setiap bulan).

Korang juga berpeluang memenangi ITSU Aire Swing, ITSU Aire Bike dan ITSU Vibro bagi hadiah utama. Peraduan berakhir 30 Jun 2024.

Tajaan Beras Seumur Hidup

Senarai pemenang bulan Januari

Tajaan Beras Seumur Hidup

Kalau korang peminat Biryani, min ada berita best untuk korang. Jati sekarang dah keluarkan beras Jati Signature Pusa Finest Basmathi 1121 yang lebih panjang, sedap dan mengenyangkan. Beras ni juga tak melekit dan kekal terurai lepas dimasak. Paling penting, ia bebas gluten dan kolesterol.

Dan Jati juga keluarkan beras Jati Signature Super Special, beras import yang lebih berkualiti.

Jadi apa lagi korang, jom lah sertai peraduan Beras Habis? Jati Supply! ni segera. Beli stok beras hari ni, mana tahu rezeki korang dapat tajaan setahun atau seumur hidup!

Tajaan Beras Seumur Hidup

The post ‘Tauke’ Beras Terkenal Umum Nak Beri Tajaan Beras Seumur Hidup Buat Pelanggan Bertuah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*