Tayangan Filem Premier Sempena Ulangtahun Ke-10 Elrah Exclusive #Wonderful10years

Tayangan Filem Premier Sempena Ulangtahun Ke-10 Elrah Exclusive #Wonderful10years

KUALA LUMPUR, 21 MAC 2024 — Elrah Exclusive, salah satu jenama terkemuka dalam industri pakaian Malaysia, menyambut acara penting pada hari ini apabila telah berada selama 10 tahun dalam industri fesyen dengan acara tayangan filem pendek eksklusifnya. Acara itu berlangsung pada 21 Mac 2024 di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur. Seramai 500 peminat, keluarga dan rakan niaga Elrah Exclusive berkumpul untuk meraikan pencapaian luar biasa sedekad jenama itu. 

elrah

Acara itu juga mengumpulkan beberapa personaliti dari dunia hiburan tanah air, menambah lagi keterujaan pada acara itu. Antara tetamu terkenal ialah El Azman, yang merupakan pengasas Elrah Exclusive itu sendiri. Selain itu, Khairy Jamaluddin (KJ), Shahril Hamdan, Beto Kusyairy, Sharnaaz Ahmad, Amir Ahnaf, MK K-Clique, Meerqeen, dan Fadhli Masoot yang merupakan duta-duta jenama Elrah Exclusive pada tahun ini juga turut hadir pada majlis sambutan tersebut. 

elrah

Kemuncak acara tersebut mempamerkan sebuah filem pendek eksklusif bertajuk “MAK”. Filem pendek tersebut adalah berdasarkan kisah benar pengasasnya, El Azman. Naratif filem yang sangat menyentuh hati ini adalah berkisahkan perjalanan seorang remaja, Hilmi, yang mendambakan belaian dan kasih sayang ibunya. Filem “MAK” ini menjalinkan kisah kerinduan seorang anak dan harapan ibu yang tidak berbelah bahagi. Melalui penceritaan yang menyentuh hati ini, El Azman mengharapkan para penonton dapat merasai kerumitan emosi dalam ikatan kekeluargaan dan kuasa kasih sayang seorang ibu yang kekal abadi.

elrah

Elrah Exclusive merupakan salah satu jenama yang terkenal dalam fesyen baju melayu lelaki. Ia sering mempersembahkan koleksi Baju Melayu dan Kurta yang tersendiri, melambangkan gaya dan keunggulan untuk si pemakai. Ditubuhkan pada tahun 2014 di Bangi Sentral, Elrah Exclusive telah meluaskan jenamanya di seluruh Malaysia, dan kini melebarkan sayapnya ke pasaran Asia Tenggara. Ia juga telah menjadikan jenama ini sebagai “TOP BRAND IN ASIA”. 

elrah

Setiap koleksi yang direka dengan teliti mencerminkan revolusikan industri fesyen terkini, terutamanya dalam Baju Melayu. Barisan produk Elrah Exclusive memenuhi keperluan lelaki dengan mempromosikan ciri ketahanan dan penggunaan kain tekstil yang menjamin keselesaan kepada si pemakai. Direka bentuk untuk memudahkan pemakaiannya, produk Elrah Exclusive melangkaui halangan usia, menggabungkan keanggunan abadi dan gaya kontemporari. Beroperasi sebagai sebuah syarikat milikan tunggal, komitmen El Azman berpunca daripada aspirasinya untuk memupuk komuniti yang berfesyen, dimana individu menunjukkan keyakinan dalam menggayakan produk Elrah Exclusive. 

The post Tayangan Filem Premier Sempena Ulangtahun Ke-10 Elrah Exclusive #Wonderful10years appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*