Wonda Coffee Pecah Rekod Dunia Dan Diiktiraf Rekod Dunia Guinness

Kuala Lumpur, 1 Mac 2023 – WONDA Coffee, salah satu jenama kopi sedia-untuk-diminum (RTD) terkemuka di Malaysia yang menawarkan kelazatan kopi yang baru dibancuh dalam tin, telah berjaya mencatatkan rekod dalam Rekod Dunia Guinness untuk “The Largest Online Video Chain of People Performing Football Juggle” yang disertai peminat bola sepak di seluruh Malaysia.

Gelaran rekod baharu tersebut disampaikan oleh pengadil rasmi Rekod Dunia Guinness kepada Amy Gan, Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd di mana pengikirafan ini membuktikan kejayaan Wonda Coffee untuk sekali lagi meraih pencapaian yang mengagumkan.

Bersempena dengan Piala Dunia FIFA yang berlangsung di Qatar tahun lepas, WONDA Coffee telah menganjurkan kempen #WONDABolaCorner untuk menyatukan peminat bola sepak di kalangan rakyat Malaysia untuk menyertai aktiviti yang bermatlamat untuk mengubah sejarah sambil mengetengahkan minuman kegemaran rakyat negara iaitu WONDA Kopi Tarik.

Bola sepak adalah sukan yang boleh dimainkan hampir di mana-mana sahaja, begitu juga dengan WONDA Kopi Tarik yang boleh dinikmati rakyat Malaysia di mana-mana mereka berada. Kelazatan kopi yang baru dibancuh ini juga boleh dibuat teman sambil menonton “The Most Watched Game on Earth”. Walaupun Malaysia tidak layak untuk ke Piala Dunia, kempen ini bertujuan untuk menyatukan rakyat Malaysia untuk mencapai pengiktirafan dunia melalui platform bola sepak dalam aspek yang berbeza.

Rakyat Malaysia memang terkenal sebagai peminat bola sepak dan oleh itu, WONDA telah mengambil peluang ini untuk menyeru para peminat bola sepak untuk memecahkan rekod dunia bagi “The Most People in an Online Chain Passing a Football” dengan mencipta video timbang bola. Teknik menimbang bola memerlukan tahap kemahiran tertentu dan tidaklah semudah kemahiran penghantaran bola.  Dalam usaha menyemarakkan lagi rasa cinta rakyat Malaysia untuk sukan ini serta menggalakkan penyertaan, beberapa terkenal pemain bola sepak di negara Malaysia seperti Mohd Faiz Subri, Safiq Rahim, Qhouirunnisa, Steffi Sidhu serta ramai lagi telah memulakan gerakan timbang bola demi mengubah sejarah dengan WONDA Coffee.

Amy Gan mengulas bahawa WONDA Coffee bertekad untuk menyatukan rakyat Malaysia merentasi sempadan geografi di seluruh negara melalui media sosial untuk mencipta sejarah dengan matlamat untuk memecahkan Rekod Dunia Guinness yang melibatkan rakaman video para peserta menimbang bola dengan sekurang-kurangnya dua sepakan tanpa menjatuhkan bola.

“Inisiatif ini merekodkan kejayaan yang besar dan kami terharu dengan sambutan yang sangat menggalakkan dengan penyertaan besar-besaran rakyat negara yang jauh melebihi jangkaan awal kami. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua atas sokongan yang luar biasa sepanjang kempen ini dan kami berharap usaha kami dapat terus menyatukan komuniti sambil kita meraikan pencapaian yang penting ini.

“Kami amat berbesar hati dengan pengiktirafan ini dan kejayaan ini merupakan sesuatu yang sangat bermakna setelah setahun berusaha untuk memperjuangkan semangat kebersamaan di kalangan rakyat Malaysia ke arah negara yang lebih bersatu dengan WONDA Coffee. Kami di WONDA Coffee kini lebih bersemangat untuk memperkukuhkan lagi kedudukan kami sebagai salah satu jenama kopi RTD terkemuka negara sambil berusaha untuk terus menarik minat pelanggan tempatan,” kata Amy.

Selain itu, Etika juga dikenali sebagai syarikat yang telah mencatatkan sejarah dalam pencapaian industri, dan setelah memecah beberapa rekod, Etika kekal komited untuk meraih lagi banyak kejayaan pada masa hadapan.

Untuk maklumat lanjut tentang pengiktirafan Wonda Coffee, sila layari:

The post Wonda Coffee Pecah Rekod Dunia Dan Diiktiraf Rekod Dunia Guinness appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*