Teguran Buat Khairul Aming: Dr Rafidah Mohon Maaf

dr rafidah khairul aming

Teguran Buat Khairul Aming: Dr Rafidah Mohon Maaf

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai satu ciapan didakwa sebagai teguran yang dibuat oleh pakar kesihatan, Dr Rafidah Abdullah berkenaan dengan kuantiti minyak masak yang digunakan Khairul Aming dalam masakannya.

Dr Rafidah kemudiannya menyatakan permohonan maaf selepas dirinya dianggap ‘menuduh’ pempengaruh itu membuat resepi yang boleh memberi kesan buruk terhadap kesihatan orang ramai.

Kredit: @rafidah72/Twitter

“Saya mohon maaf kerana saya nampak ramai yang salah anggap saya menuduh Khairul Aming merosakkan kesihatan rakyat Malaysia.

“Dua ayat terakhir saya sepatutnya di para yang lain,” katanya.

Kredit: @rafidah72/Twitter

Jelasnya, ciapan yang dibuat tidak menuduh sesiapa sebaliknya mengatakan kesihatan adalah tanggungjawab masing-masing.

“Saya tidak menuduh siapa pun. Kesihatan anda adalah tanggungjawab diri anda.

“Tapi saya perlu memberi pendapat profesional saya tentang apa yang saya lihat. Alhamdulillah sekarang ramai dah sedar sambal sangat banyak kalori. Nak makan, makan secubit dua sudah memadai,” tambahnya.

Walau bagaimanapun, beliau berharap agar pencipta kandungan masakan menyenaraikan kandungan kalori dalam setiap hidangan yang dimasak.

Beliau berkata demikian dalam di Twitter, selepas ciapannya yang sebelum ini tular di media sosial sehingga mendapat perhatian warga maya.

Terdahulu, Dr Rafidah menasihati Khairul Aming untuk mengurangkan penggunaan minyak dalam masakan dan berharap resipi masakan sihat diperbanyakkan.

Kredit: @Khariulaming/Twitter

Ujarnya, masakan gorengan (dipercayai jika berlebihan) tidak baik untuk kesihatan serta beliau gusar penggunaan minyak yang banyak akan memberi kesan buruk.

Dr Rafidah berkata beliau tidak mahu kesihatan jadi semakin teruk dan negara akan merundum.

Oleh itu, beliau berharap Khairul Aming akan sentiasa peka dengan masalah rakyat Malaysia yang rata-rata mengikuti resipi masakannya ’30 Hari, 30 Resepi’ bersempena bulan Ramadan.

Beliau turut mengepilkan ciapan tambahan berkenaan dengan tips pemakanan sihat untuk mengelakkan penyakit buah pinggang.

BACA: Jualan Sambal Nyet 2 Tahun RM21.5 juta, Khairulaming Kongsi Teknik Urus Operasi

Khairul Aming perjelas isu kuantiti minyak dalam masakan

Kredit: @Khariulaming/Twitter

Dalam pada itu, Khairul Aming sebelum itu juga sudah pun menjelaskan mengenai perkara tersebut dalam satu rakaman klip video.

“Saya terima banyak maklum balas dengan hati yang terbuka. Terima kasih dengan maklum balas itu,” katanya.

Tambah pempengaruh berusia 30 tahun itu, dia sangat bersetuju bahawa kesihatan adalah perkara utama.

Lanjutan itu, Khairul dalam video berkenaan berkongsi pandangannya daripada dua perspektif yang berbeza iaitu, sebagai seorang yang pernah melakukan diet dan juga pencipta kandungan makanan.

Maklum Khairul Aming lagi, setiap makanan boleh dikurangkan kuantiti minyak atau menukar resipi namun rasa asalnya akan hilang.

Sekiranya resipi asal diubah, ia turut memberikan kesan kepada pihak di luar sana dan dirinya.

Tegasnya, bagi mereka di luar sana yang ingin mengubah resipi menjadi lebih sihat dan berkhasiat, sentiasa amalkan pengambilan kuantiti makanan (amal konsep suku-suku separuh).

Sumber: Dr Rafidah/Twitter

The post Teguran Buat Khairul Aming: Dr Rafidah Mohon Maaf appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*