Teleskop James Webb Rakam ‘Bentuk’ Tanda Soal Di Angkasa Lepas

teleskop tanda soal angkasa lepas

Teleskop James Webb Rakam ‘Bentuk’ Tanda Soal Di Angkasa Lepas

Teleskop Angkasa James Webb (JWST) baru-baru ini berjaya merakam satu ‘bentuk’ di angkasa lepas yang menyerupai bentuk tanda soal, lapor Space.com.

Terdahulu, pasukan JWST yang bertugas di Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA) 26 Jun lalu telah mendedahkan sekeping gambar yang diambil teleskop berkenaan.

Gambar berkenaan membekalkan maklumat paling terperinci pembentukan aktif bintang-bintang muda terletak yang terletak di Buruj Vela, pada jarak kira-kira 1,470 tahun cahaya daripada Bumi.

Menurut Space.com, bintang-bintang berkenaan dikenali sebagai Herbig-Haro 46/47.

Bagaimanapun, di bawah bintang-bintang tersebut, saintis turut berjaya mengesan satu objek angkasa yang sangat menarik dan berbentuk tanda soal.

Setakat ini, saintis tidak dapat mengenal pasti apakah sebenarnya objek berbentuk tanda soal itu. Bagaimanapun jenis cahaya yang dicerap daripada bentuk tersebut membekalkan saintis beberapa maklumat.

”Boleh jadi itu adalah galaksi ataupun interaksi antara galaksi. Interaksi itu mungkin menyebabkan berlaku herotan sehingga bentuk itu terbentuk,” kata wakil Institut Teleskop Sains Angkasa (STScl).

STScl yang berpangkalan di Baltimore, Amerika Syarikat bertanggungjawab menyelia operasi sains JWST.

Menurut STScl, melihat warna merah objek yang dirakam oleh JWST itu, saintis tahu bahawa objek itu terletak pada jarak yang jauh. Menariknya, ini mungkin adalah kali pertama saintis mencerap objek berbentuk tanda soal tersebut.

”Ini mungkin kali pertama kami melihat objek berbentuk tanda soal ini. Siasatan dan penelitian terperinci perlu dibuat sebelum pengesahan dapat dibuat apakah sebenarnya objek berkenaan.

”JWST berjaya merakam banyak galaksi termasuk yang terletak sangat jauh, jadi lebih banyak penemuan baharu akan diketahui selepas ini,” kata wakil itu lagi.

Seorang lagi profesor fizik di Universiti Illinois, Matt Caplan berkata, objek berkenaan berkemungkinan adalah dua galaksi yang bertembung.

”Kedua-dua ciri yang berbeza itu mungkin mewakili dua galaksi yang sedang bertembung dengan bentuk di atas mewakili galaksi yang lebih besar,” katanya.

Matt Caplan juga tidak menolak bahawa terdapat pelbagai kemungkinan dan penjelasan lain berhubung identiti sebenar objek berkenaan.

BACA: Hairan, Kenapa Banyak Penutup Lubang Bentuk Bulat? Ini Alasan Tak Disangka-sangka

Sumber: Space.com

The post Teleskop James Webb Rakam ‘Bentuk’ Tanda Soal Di Angkasa Lepas appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*