Teleskop Jepun Dilapor Kesan Lingkaran Bercahaya Di Langit Hawaii

Teleskop Jepun Rakam Lingkaran Bercahaya

Teleskop Jepun Dilapor Kesan Lingkaran Bercahaya Di Langit Hawaii

HONOLULU — Teleskop Jepun, Subaru-Asahi Star Camera berjaya mengesan satu kelibat lingkaran bercahaya di ruang langit Maunakea, Hawaii pada 18 Januari Rabu lalu.

Memetik Space.com, kejadian itu disedari selepas pelancaran Satelit Kedudukan Global (GPS) yang dilancarkan oleh SpaceX kira-kira jam 7.24 pagi waktu tempatan.

Perkara itu turut dimaklumkan oleh Pegawai Teleskop Subaru dari Balai Cerap Astronomi Kebangsaan Jepun dalam satu tweet di Twitter.

“Lingkaran itu dipercayai berkait dengan pelancaran satelit baharu syarikat SpaceX,” tulisnya.

Sementara itu, salah seorang Saintis dan Penjejak Satelit, Scott Tilley berkata kedudukannya hampir sepadan dengan lingkaran yang pernah direkodkan berlaku sewaktu pelancaran roket Falcon 9 peringkat kedua selang beberapa minit.

Menurut Profesor Aerodinamik dan Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Texas di San Antonio, Chris Combs, bentuk tersebut berlaku akibat gas yang berada di dalam enjin roket memberi tekanan yang lebih tinggi berbanding udara di luar. Penampakan itu turut dibantu dengan cahaya matahari.

Difahamkan, Syarikat SpaceX telah melakukan lima misi terbaharu ke angkasa dalam 19 hari pertama 2023. Sekiranya agensi tersebut secara terus melaksanakan misi, SpaceX berkemungkinan membuat pelancaran sebanyak 96 kali menjelang akhir tahun ini.

Untuk rekod, SpaceX telah mencatatkan 61 pelancaran pada tahun 2022. Jumlah tersebut meningkat sebanyak 31 kali berbanding pada tahun 2021.

Terdahulu, lingkaran yang sama muncul buat pertama kali selepas pelancaran roket Falcon 9 di Tapak Angkasa Florida pada April 2022.

Sumber: Space.com

The post Teleskop Jepun Dilapor Kesan Lingkaran Bercahaya Di Langit Hawaii appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*