Ini Cara Kena Ikut Kalau Nak Usahakan Tanah Dibawah Pencawang Elektrik TNB

Ini Cara Kena Ikut Kalau Nak Usahakan Tanah Dibawah Pencawang Elektrik TNB

Tahun lepas, Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa segala aktiviti penggunaan tanah termasuk pertanian yang melibatkan tanaman kontan (tanaman yang mempunyai tempoh penanaman singkat seperti 3 bulan hingga 6 bulan) boleh diusahakan di kawasan-kawasan yang terletak dalam koridor talian pembekalan elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Namun begitu, banyak terutamanya pemilik tanah yang masih merasa was-was ataupun tidak kaedah yang tepat untuk mengusahakan tanah-tanah plot yang berada di dalam kawasan pencawang elektrik.

Menerusi satu video TikTok yang dimuat naik oleh seorang pengusaha tanaman hiasan, @mazszeliswee, dia berkongsi prosedur-prosedur yang perlu dilakukan oleh pemilik tanah yang berhajat mengusahakan tanah masing yang berada di dalam kawasan tersebut.

1. Catat keterangan pada aset TNB

Pertama sekali, anda perlu mengenal pasti segala maklumat yang terdapat pada pencawang elektrik di kawasan tersebut. Catat segala keterangan yang terdapat pada label setiap pencawang untuk memudahkan pihak berkenaan mengenalpasti kawasan yang dimaksudkan.

Gambar hiasan | Kredit: Bernama

2. Kenalpasti status tanah

Seterusnya, hubungi pihak TNB di kawasan anda dan tertanyakan mengenai status pemilikan tanah tersebut sama ada ia kepunyaan TNB ataupun hak milik persendirian.

Menurut kenyataan bekas Menteri Tenaga dan Sumber Asli, sebarang aktiviti pertanian atau kegunaan tanah perlu mendapatkan kebenaran daripada pemilik tanah, selain memenuhi syarat yang ditetapkan Suruhanjaya Tenaga (ST) berdasarkan garis panduan Izinlalu Talian Pembekalan Elektrik.

Hal ini disebabkan, terdapat beberapa terma dan syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh antara pihak Utiliti dengan tuan tanah serta tempoh perjanjian IzinLalu yang bergantung terhadap persetujuan antara kedua-dua belah pihak.

Jika tanah tersebut milik persendirian, tanah di bawah perjanjian izinlalu atau dalam Koridor Penghantaran tersebut masih kepunyaan tuan tanah dari sudut perundangannya dan anda perlu mendapatkan persetujuan dari pihak tuan tanah.

Selain itu, pihak utiliti yang menggunakan tanah tersebut perlu memastikan keselamatan ke atas talian pembekalan elektrik itu.

3. Membuat permohonan bertulis

Setelah mengetahui status tanah tersebut, pemohon boleh mengajukan surat permohonan kepada pihak utiliti dalam bentuk bertulis.

Permohonan ini adalah untuk mendapatkan kebenaran yang sah dari pihak-pihak berkenaan sebelum memulakan apa-apa aktiviti di kawasan tersebut.

Hal ini bertujuan untuk menyelia segala aktiviti-aktiviti yang dilakukan di bawah talian agar tidak mengganggu talian-talian elektrik yang terdapat pada kawasan tersebut.

Pada masa yang sama, para pengusaha tanah juga tidak akan terdedah terhadap sebarang risiko yang mampu membahayakan nyawanya serta harta benda awam.

Setelah memperoleh kebenaran yang sah daripada pihak utiliti, anda boleh mula melakukan aktiviti yang diingini di tanah tersebut.

Gambar hiasan | Kredit: Pixabay

Walaupun anda sudah dibenarkan untuk menggunakan tanah tersebut, pihak utiliti masih perlu memantau anda agar terus mematuhi langkah-langkah keselamatan serta mengelakkan sebarang perkara yang mampu menjejaskan keselamatan sistem pembekalan elektrik kepada orang awam.

Selain itu, hanya empat aktiviti sahaja yang dibenarkan bagi kawasan berkenaan iaitu padang ragut ternakan, kawasan kolam tadahan, kolam udang, kawasan letak kereta serta untuk pemasangan paip air.

Berkenaan cagaran, pengguna TikTok sebelum ini mengatakan, tiada jumlah yang khusus dan bergantung pada tuan tanah dan pihak utiliti di kawasan tersebut. Jika anda bernasib baik, anda tidak perlu membayar apa-apa untuk melakukan aktiviti di tanah tersebut.

BACA: Kajian Dapati Aktiviti Berkebun Secara Tidak Langsung Dapat Kurangkan Risiko Terkena Kanser

Sumber: Salkukhairi Abd Shukor via Facebook, @maszeliwee via TikTok & Bernama

The post Ini Cara Kena Ikut Kalau Nak Usahakan Tanah Dibawah Pencawang Elektrik TNB appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*