Premis Produk Madu Diserbu, Guna Sijil Halal Tanpa Kebenaran

produk madu halal tanpa kebenaran

Premis Produk Madu Diserbu, Guna Sijil Halal Tanpa Kebenaran

SEREMBAN, 9 Nov (Bernama) — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan menyerbu sebuah premis di kawasan perindustrian Nilai di sini selepas dikesan menggunakan logo halal tanpa kebenaran pada produk madu keluarannya.

Pengarah KPDN Negeri Sembilan Muhammad Zahir Mazlan berkata menerusi operasi bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam negeri (JHEAINS) dan Kementerian Kesihatan (KKM), premis itu didapati memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) bagi produk jus limau iaitu antara produk keluaran premis terbabit.

“Bagaimanapun, hasil pemeriksaan lanjut mendapati premis itu telah menggunakan logo halal bagi produk madu tanpa kebenaran pihak berkuasa, susulan itu KKM mengeluarkan kompaun dan JHEAINS juga mengesyorkan SPHM premis itu ditarik,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata tindakan dilakukan di bawah Peraturan 8 Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011, Akta Perihal Dagangan 2011 kerana melanggar Peraturan 4(1)(a) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

Muhammad Zahir berkata KKM mengeluarkan kompaun atas kesalahan tidak menyediakan dan mengadakan Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM) di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dan kesalahan gagal menyediakan Rekod Latihan Pengendali Makanan, selain turut diarahkan tutup di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

BACA: Ramai Tertanya-tanya, Selepas Generasi X, Y & Z, Generasi Apa Pula? Ini Jawapannya

Sumber: Bernama

The post Premis Produk Madu Diserbu, Guna Sijil Halal Tanpa Kebenaran appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*