Tempahan konsert Jay Chou sejak 13 Mac – Hannah

PETALING JAYA – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yoeh memaklumkan tempahan stadium Nasional Bukit Jalil bagi konsert artis dari Taiwan, Jay Chou telah dilakukan sejak 13 Mac 2022 yang lalu.

Namun begitu katanya, tempahan stadium bagi perlawanan bola sepak Piala AFF 2022 pula telah dibuat sedikit lewat iaitu pada 18 Ogos 2022.

“Makluman, tempahan stadium konsert Jay Chou World Tour dibuat 13 Mac 2019 manakala AFF 2022 oleh FAM dibuat 18 Ogos 2022,” ciapnya di Twitter, sebentar tadi.

Tambah Hannah, konsert tersebut memerlukan tempoh masa 14 hari untuk penyediaan pentas yang dilakukan lebih 600 krew tempatan dan antarabangsa.

“Konsert perlu 14 hari pasang pentas oleh 500 krew ditambah 185 krew antarabangsa, 45 jentera berat, 200 pembesar suara dan 800 lampu.

“Mereka sudah terlewat dua setengah hari bagi ruang untuk kejohanan AFF 2022,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

The post Tempahan konsert Jay Chou sejak 13 Mac – Hannah appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*