Eratkan Silaturrahim Sempena Ramadan, Ini Senarai Hotel Tawarkan Juadah Berbuka & Sahur Di Malaysia

Ramadan 2023 hampir tiba, dan kemanisan bulan puasa ini ditambah lagi dengan bersahur dan berbuka bersama-sama ahli keluarga dan rakan-rakan bagi mengeratkan lagi silaturrahim.

Tidak kira jika anda perlu ke suatu tempat untuk bekerja, pulang ke kampung halaman untuk mulakan Ramadan kali ini atau untuk menikmati kemanisan berbuka puasa atau bersahur bersama orang lain – ini adalah senarai lima hotel yang menawarkan juadah berbuka dan penginapan yang berpatutan dan boleh ditempah melalui aplikasi airasia Super App.

The Chow Kit – an Ormond Hotel, Kuala Lumpur

Bagi warga ibu kota atau mereka yang berniat untuk berkunjung ke Kuala Lumpur pada bulapenginapan di The Chow Kit – an Ormond Hotel pasti bermakna buat anda sekeluarga atau bersama rakan anda kerana anda bukan sahaja dapat meluangkan masa bersama untuk menikmati juadah berbuka di hotel ini yang berharga RM420 yang boleh dikongsi bersama sehingga tiga orang.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh hilangkan kepenatan dan nikmati keselesaan dengan menempah hotel butik yang terletak di Jalan Sultan Ismail ini pada harga RM530 untuk satu bilik dan juga pakej berbuka puasa, Citarasa Malaya untuk dua ke tiga orang dan tidak lupa kepada juadah sahur keesokan harinya!

Buat tempahan bilik dan menu iftar anda sekarang di sini.

Hotel Eastin, Kuala Lumpur

Tingkatkan keakraban anda sekeluarga atau bersama sahabat Ramadan ini dengan berkongsi bersama juadah berbuka puasa di Hotel Eastin, Kuala Lumpur. Kunjungi Swez Brasserie, Hotel Eastin untuk menikmati hidangan buka puasa Bufet Makan Malam Icip-Icip Kampungku dengan harga promosi mampu milik hanya RM152 seorang dan harga biasa pada RM190 seorang.

Untuk menikmati juadah sahur di hotel ini pula, anda boleh menempah bilik serendah RM264 untuk satu malam yang termasuk pakej sahur untuk dua orang. Jika anda ingin berkunjung ke Kuala Lumpur Ramadan ini, jangan lupa untuk membuat tempahan berbuka puasa dan penginapan di Hotel Eastin Kuala Lumpur di sini buat anda sekeluarga.

Holiday Villa Beach Resort & Spa Langkawi

DCIM100MEDIADJI_0041.JPG

Selain menjalani ibadah puasa tahun ini bersama keluarga atau teman baik anda, anda juga boleh membuat persiapan Hari Raya bersama untuk mengeratkan lagi ukhuwah apabila anda berkunjung dan menginap di Holiday Villa Beach Resort & Spa Langkawi. Mulakan dengan berbuka puasa dengan buffet Ramadan bertemakan Kembara Sutera dengan lebih 100 jenis hidangan tempatan dan antarabangsa. Untuk dewasa, harganya adalah RM 69.90 untuk dewasa manakala RM 35 untuk kanak-kanak.

Anda juga boleh menikmati juadah bersahur jika anda menempah bilik hotel ini buat seisi keluarga atau bersama rakan-rakan:

Klik pautan ini untuk membuat tempahan anda di airasia Super App.

Hompton By The Beach, Pulau Pinang

Berhasrat untuk pulang ke desa tercinta atau menjalani ibadah puasa tahun ini di Pulau Pinang? Bawa yang tersayang untuk menginap di Hompton By The Beach, Penang demi keselesaan kediaman yang lebih menyenangkan di samping menikmati juadah berbuka yang mengenyangkan untuk semua dengan jangan harga promosi serendah RM 98 (untuk Buffet Ramadan sahaja) bermula 1 Mac sehingga 23 Mac ini!

Magellan Sutera Resort, Kota Kinabalu, Sabah

Ayuh terbang bersama AirAsia ke Kota Kinabalu, Sabah di bulan puasa ini di Magellan Sutera Resort, Kota Kinabalu untuk Kongsikan detik-detik berharga anda untuk menjadikan bulan puasa ini lebih bermakna dengan penginapan yang bersih dan tenang untuk menjalani ibadah bersama serta berbuka puasa dengan bufet Ramadan yang berharga RM 158 untuk dewasa dan untuk kanak-kanak berusia 4 hingga 11 tahun, harganya adalah RM 79 sahaja. Untuk pembelian 10 orang, anda dapat percuma untuk seorang. Harga bagi mereka yang membuat tempahan awal sehingga 22 Mac 2023 juga turut ditawarkan. Harganya adalah RM 135 untuk dewasa dan RM 68 untuk kanak-kanak. Nikmati lebih penjimatan Ramadan ini dengan menempah salah satu bilik hotel yang turut menawarkan pakej bersahur:

Jika anda memasang niat untuk berbuka puasa di hotel bersama keluarga mahupun teman-teman, jangan lupa untuk mencuba hotel-hotel terbaik yang dicadangkan di atas!

Selamat menjalani ibadah puasa dari airasia Super App!

Muat turun airasia Super App melalui Apple App Store, Google Play Store dan Huawei App Gallery.

The post Eratkan Silaturrahim Sempena Ramadan, Ini Senarai Hotel Tawarkan Juadah Berbuka & Sahur Di Malaysia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*