Tentera Nasional Indonesia Sedia Hantar Kapal Hospital Ke Palestin – Prabowo

Tentera Nasional Indonesia Sedia Hantar Kapal Hospital Ke Palestin – Prabowo

JAKARTA — Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto memaklumkan Tentera Nasional Indonesia (TNI) sedia menghantar kapal hospital untuk membantu rakyat Palestin, lapor CNN Indonesia.

Menurut Prabowo, kapal hospital itu akan bersiap sedia di perairan sekitar Gaza.

“TNI sedia menghantar kapal hospital untuk standby di sana bagi memberikan bantuan,” katanya ketika di Pangkalan TNI Air Force, Halim Perdanakusuma, semalam.

Tambahnya lagi, beliau kini sedang berhubung dengan pelbagai pihak termasuk kerajaan Mesir.

“Sebaik sahaja Mesir membenarkannya, kami akan menghantarnya (kapal hospital),” ujarnya.

Sebelum itu, Prabowo mengiringi Presiden Indonesia, Joko Widodo sewaktu pelancaran 51.5 tan bantuan kepada Palestin semalam.

BACA: Dr Zulkifli Lelong Jam Rolex Pemberian Raja Arab Saudi, Keuntungan Bakal Diinfak Untuk Palestin

Bantuan itu adalah dalam bentuk makanan, peralatan perubatan, selimut, khemah dan barangan logistik lain yang telah disesuaikan dengan keperluan sedia ada di Gaza.

Difahamkan, bantuan peringkat pertama dibawa oleh tiga pesawat ke Lapangan Terbang El Arish di Mesir dan ia kemudian akan diedarkan ke Gaza.

Menurut TNI, dua pesawat C-130 Hercules dikerahkan untuk mengirim bantuan tersebut.

Dalam pada itu, Jokowi berkata bantuan lain kini dalam proses.

BACA JUGA: Diselaras Oleh WHO, Ini Yang Anda Perlu Tahu Mengenai IHR

Sumber: CNN, Puspen TNI

The post Tentera Nasional Indonesia Sedia Hantar Kapal Hospital Ke Palestin – Prabowo appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*