Terbelit Lidah, Guru Bingung Nak Sebut Nama Pelajar Gen Z Di Kelasnya

terbelit lidah sebut nama pelajar Gen Z

Terbelit Lidah, Guru Bingung Nak Sebut Nama Pelajar Gen Z Di Kelasnya

Satu video yang memaparkan seorang guru mengalami kesukaran untuk menyebut nama anak muridnya telah tular di media sosial Indonesia.

Video tersebut telah dikongsikan oleh sebuah hantaran di laman X menerusi akaun bernama @kegblgnunfaedh pada 1 Ogos yang lalu.

“Luar biasa namanya, takut typo ketika tulis,” tulis keterangan video perkongsian tersebut.

Memetik Liputan6, trend nama yang unik dan berbeza itu dilaporkan telah dibawa oleh pelajar generasi Z yang lahir antara 1997 hingga 2012.

Menurut laman itu, ia berbeza dengan generasi terdahulu yang cenderung untuk memberikan nama tradisional atau popular.

Namun kini Gen Z, lebih cenderung untuk memiliki nama yang unik dan berbeza daripada orang lain.

Berdasarkan video tersebut, guru itu telah menunjukkan senarai kehadiran seramai 26 orang pelajar semasa subjek seni dan budaya di sebuah sekolah.

Apa yang membuatkan muat naik itu menarik dan menjadi tular bukanlah jumlah pelajar yang hadir tetapi sebaliknya berkenaan nama seorang gadis dalam senarai itu.

Nama unik sangat sampai susah nak sebut

“Guys, macam mana awak sebut nama nombor 19 ni?” tanya guru tersebut sambil merakam video dan menunjukkan nama senarai nama tersebut.

“Revaveroesy Veisaqireina Mulawarman,” jawab pemilik nama itu dengan lancar.

Seterusnya, guru itu kemudiannya mengeja kembali nama tersebut dengan perlahan dan terbelit-belit.

“Namanya susah sangat,” kata guru itu kembali.

Perkara itu kemudiannya mengundang gelak tawa murid-murid di dalam kelas itu yang sudah biasa dengan nama rakannya yang unik berkenaan.

BACA: Ramai Lega, Masalah Lif PPR Selesai Selepas Tindakan Ini, Siap Nak Bagi Internet Percuma

Muat naik itu turut mendapat perhatian netizen dan mereka telah meninggalkan komen yang pelbagai di ruangan komen tersebut.

“Jangan salahkan anak-anak Gen Z kerana memberikan nama adalah ibu bapa milenium,” tulis seorang netizen.

“Takut lidahnya terseliuh nak sebut nama itu, susah betul,” tulis seorang lagi netizen yang turut mengakui kesusahan untuk menyebut nama pelajar tersebut.

“Itupun belum tentu bapanya juga tahu nama penuh anaknya sendiri,” tulis seorang lagi netizen.

Sumber: Liputan6

The post Terbelit Lidah, Guru Bingung Nak Sebut Nama Pelajar Gen Z Di Kelasnya appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*