Terbuka Australia: Zii Jia Wakil Tunggal Negara Ke Separuh Akhir

Zii Jia wakil tunggal terbuka australia

Terbuka Australia: Zii Jia Wakil Tunggal Negara Ke Separuh Akhir

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) — Pemain perseorangan utama Lee Zii Jia menjadi wakil tunggal Malaysia mara ke separuh akhir kejohanan badminton Terbuka Australia 2023 hari ini.

Dalam perlawanan suku akhir di gelanggang Quaycentre di Sydney, Australia, Zii Jia dipaksa bermandi peluh selama 83 minit sebelum menoktahkan kebangkitan rakan senegara Ng Tze Yong dengan kemenangan 17-21, 26-24, 21-19.

Pemain di ranking ke-17 dunia itu bakal berdepan Weng Hong Yang dari China yang mengejutkan pilihan kelima kejohanan Chou Tien Chen dari Taiwan 21-10, 21-16.

Kejayaan pemain kelahiran Kedah yang kini di bawah bimbingan Wong Tat Meng itu menamatkan badi lima kali tewas berturut-turut pada pusingan pertama bermula di Terbuka Malaysia, Terbuka Singapura, Terbuka Indonesia, Terbuka Korea dan Terbuka Jepun.

Sementara itu, beregu lelaki negara Aaron Chia- Soh Wooi Yik terkandas di suku akhir apabila tewas kepada Lu Ching Yao-Yang Po Han dari Taiwan 21-15, 21-17.

BACA: Ramai Tak Tahu, Doktor Dedah Ini Sebab Sebenarnya Kenapa Suami Suka Bau Ketiak Isteri

Sumber: Bernama

The post Terbuka Australia: Zii Jia Wakil Tunggal Negara Ke Separuh Akhir appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*