Turnitin Perkenal Keupayaan Pengesahan Tulisan AI Untuk Pendidik Dan Institusi

Turnitin

Turnitin Perkenal Keupayaan Pengesahan Tulisan AI Untuk Pendidik Dan Institusi

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) — Turnitin, peneraju global dalam penyelesaian integriti akademik, memperkenal ciri teknologi baharu yang membolehkan pendidik dan institusi memeriksa dan menilai kesahihan kerja akademik pelajar masing-masing, termasuk mengesan penggunaan peralatan Kecerdasan Buatan (AI) seperti ChatGPT.

Teknologi pengesan AI yang diaktifkan pada Rabu (5 April), akan membantu para pendidik mengesan berapa banyak ayat dalam tulisan pelajar mereka dijana oleh AI yang seterusnya boleh menentukan sama ada siasatan atau perbincangan lanjut perlu dilakukan ke atas pelajar berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Turnitin, Chris Caren berkata kini pendidik memberi keutamaan dalam mengesan teks bertulis AI untuk menilai ketulenan kerja pelajar mereka dan menentukan cara terbaik untuk berinteraksi dengan mereka.

 “Teknologi pengesanan yang lancar penting dalam aliran kerja sedia ada dan kami telah sepadukannya dengan keupayaan pengesanan AI ke dalam penyelesaian Turnitin,” katanya dalam satu kenyataan.

 Sementara itu, Naib Presiden Serantau Turnitin Asia Pasifik, James Thorley berkata ahli akademik, pendidik dan pentadbir universiti di Asia Tenggara menyedari mengenai potensi impak alatan AI seperti ChatGPT di rantau ini.

“Pendidik di Malaysia mengiktiraf impak alatan AI terhadap kualiti kerja pelajar dan pengalaman pembelajaran.

“Bagaimanapun, sementara masyarakat menyedari kelebihan alatan AI untuk tujuan kebaikan, pergantungan yang besar pada teknologi itu boleh membantutkan pemikiran kritis dan integriti akademik yang merupakan nilai teras untuk pembangunan masyarakat,” kata Thorley.

Keupayaan pengesanan tulisan AI Turnitin tersedia dalam produk dan penyelesaian sedia ada, termasuk Studio Maklum Balas Turnitin (TFS), TFS dengan Keaslian, Ketulenan Turnitin, Kesamaan Turnitin, Simcheck, Semakan Keaslian dan Semakan Ketulenan+.

BACA: Ada 800 Kedai Pakaian, Ni Tempat Terbaik Korang Beli Baju Raya, Senang ‘Match’ Satu Keluarga

Untuk membantu komuniti pendidikan menavigasi dan mengurus teknologi baharu ini di dalam bilik darjah, Turnitin telah menerbitkan halaman AI writing resource page.

Halaman sesawang yang tersedia secara umum sentiasa dikemas kini dengan sumber praktikal daripada pasukan Pengajaran dan Pembelajaran syarikat, yang terdiri daripada pendidik dan bekas pendidik.

Sumber: BERNAMA

The post Turnitin Perkenal Keupayaan Pengesahan Tulisan AI Untuk Pendidik Dan Institusi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*