Terbuka Jepun: Tze Yong Kejutkan Kean Yew, Zii Jia Tersingkir

Terbuka jepun zii jia

Terbuka Jepun: Tze Yong Kejutkan Kean Yew, Zii Jia Tersingkir

KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) — Pemain peseorangan negara, Ng Tze Yong berjaya melangkah ke pusingan kedua selepas mencipta kejutan ke atas bekas juara dunia, Loh Kean Yew dari Singapura pada pusingan pertama Terbuka Jepun 2023 di Tokyo, hari ini.

Tze Yong, yang merupakan pemain bukan pilihan mengambil masa 41 minit untuk menundukkan Kean Yew, pilihan ke tujuh, 21-16, 21-17 dalam perlawanan yang berlangsung di Yoyogi First Gymnasium.

Beliau berpeluang menyingkirkan seorang lagi bekas juara dunia, Kento Momota dari Jepun jika pemain itu menang dalam menentang rakan senegaranya, Koko Watanabe dalam satu lagi perlawanan pusingan pembukaan.

Ini merupakan kemenangan kedua Tze Yong ke atas Kean Yew yang tewas 15-21, 21-14, 21-11 pada suku akhir Sukan Komanwel 2022.

BACA JUGA: Terbuka Jepun: Empat Beregu Malaysia Bermula Cemerlang

Sementara itu, jaguh perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia tersingkir di pusingan pembukaan buat kali keempat berturut-turut, kali ini di tangan juara bertahan dari Jepun, Kenta Nishimoto, 22-20,17-21, 19-21.

Nishimoto akan menentang pilihan ketiga Kunlavut Vitidsarn selepas pemain Thailand itu berjaya menundukan Wang Tzu Wei dari Taiwan, 21-5, 21-16.

Seorang lagi pemain negara, Cheam June Wei berjaya dijinakkan pemain Indonesia Jonatan Christie, 7-21, 9-21 hanya dalam masa 28 minit.

Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani turut menempah tempat ke pusingan kedua apabila menewaskan pasangan tuan rumah Ayato Endo-Yuta Takei, 21-18, 21-15.

Menunggu Sze Fei -Nur Izzuddin di pusingan kedua nanti adalah pilihan kelapan, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi dari China yang menyingkirkan satu lagi gandingan Jepun, Keiichiro Matsui-Yoshinori Takeuchi, 21-18, 25-23.

Sumber: BERNAMA

The post Terbuka Jepun: Tze Yong Kejutkan Kean Yew, Zii Jia Tersingkir appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*