Terdesak Mencuri Kerana Ingin Bayar Sewa Rumah, Kes Diselesaikan Dengan Berdamai

Terdesak Mencuri bayar sewa

Terdesak Mencuri Kerana Ingin Bayar Sewa Rumah, Kes Diselesaikan Dengan Berdamai

Kes seorang wanita yang didakwa mencuri beg di stesen minyak Bogor Barat, Kota Bogor, Indonesia kerana ingin membayar sewa rumah akhirnya berakhir dengan ‘berdamai’, memetik laporan Detik News.

Ketua Polis Kota Bogor Kombes, Bismo Teguh Prakoso berkata mangsa (kes kecurian) telah menarik balik laporan yang telah dibuat dan ingin menyelesaikannya secara berdamai sahaja.

“Jadi tindakan itu atas inisiatif mangsa sendiri. Kemudian kami memudahkan urusan menarik semula laporan dan melakukan proses restorative justice,” jelas Bismo.

Tambahnya lagi, barang milik mangsa yang dilarikan oleh suspek telah dikembalikan semula malah si pelaku juga dikatakan memohon maaf dan berjanji tidak mengulangi perbuatannya lagi.

“Barangan mangsa seperti telefon bimbit dan barang yang lain sudah dikembalikan, jadi mangsa telah menarik semula laporan. Justeru pihak kami hanya memudahkan urusan perdamaian itu sahaja,” katanya.

Terdesak Mencuri Kerana Ingin Bayar Sewa
Kredit: Detik News

Terdesak mencuri kerana ingin membayar sewa rumah

Memetik Detik News, kes kecurian itu berlaku di Stesen Pengisian Bahan Bakar Umum (SPBU) Bogor Barat, Kota Bogor yang telah terakam melalui kamera litar tertutup (CCTV) pada Selasa, 15 Februari lalu.

Difahamkan, suspek, 51 tahun berjaya ditahan selepas lapan jam kejadian itu berlaku. Hasil siasatan mendapati bahawa wanita yang berasal dari Ciomas, Bogor telah mengakui terdesak mencuri kerana ingin membayar sewa rumah.

Sementara jurucakap Unit Siasatan Jenayah Polis Bogor Barat Ipda Imam Bakhtiar berkata, “Motifnya ekonomi, bayar sewa, itu pengakuannya. Kami masih menyiasatnya,”

Menurut Detik News, kejadian berlaku ketika pekerja di stesen minyak sibuk melayan pemandu yang ingin mengisi minyak di situ.

Kesempatan itu diambil oleh suspek untuk mengambil beg yang mengandungi dua telefon bimbit lalu disorokkan di dalam baju miliknya.

Bagaimanapun, pada ketika itu, suspek ditemani oleh anaknya yang tidak tahu bahawa ibunya akan bertindak sedemikian.

“Penjenayah (suspek) yang ambil (curi) ialah ibu manakala anaknya sedang mengisi minyak, namun anaknya tidak tahu bahawa ibunya akan mengambil telefon bimbit dan mencuri,” kata Imam.

 

Sumber: Detik News

The post Terdesak Mencuri Kerana Ingin Bayar Sewa Rumah, Kes Diselesaikan Dengan Berdamai appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*