Kanak-Kanak Maut Diserang Sekumpulan Anjing Liar

Kanak-Kanak Maut Diserang Sekumpulan Anjing Liar

Kanak-Kanak Maut Diserang Sekumpulan Anjing Liar

Seorang kanak-kanak lelaki dilapor maut akibat diserang sekumpulan anjing liar dalam kejadian di Hyderabad, Telangana di India, memetik The Independent.

Insiden yang berlaku pada Ahad itu mengorban seorang kanak-kanak berusia empat tahun.

Malah insiden yang terakam pada kamera pengawasan tersebut turut menimbulkan kemarahan dalam kalangan rakyat India.

Menurut The Independent, mangsa (kanak-kanak) dipercayai menemani bapanya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah bengkel kereta di Amberpet.

Bagaimanapun, semasa serangan berlaku, mangsa dilihat berjalan seorang diri sebelum sekurang-kurangnya empat ekor anjing liar mula menyalak sebelum berlari (menuju ke arah mangsa) dan menyerangnya.

Mangsa yang mengalami pendarahan yang banyak dikejarkan ke hospital, malangnya disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan oleh doktor yang bertugas.

Kanak-Kanak Maut Diserang Sekumpulan Anjing Liar
Kredit: AFP

Pandang serius kes diserang anjing

Timbalan Pengarah Perbandaran Greater Hyderabad (GHMC), Chakrapani Reddy berkata, pihaknya memandang serius kejadian yang berlaku.

Malah, doktor haiwan dari jabatan itu segera dikejarkan ke tempat kejadian sebaik sahaja pihak berkuasa menerima laporan bahawa mangsa telah dibawa ke hospital.

“Kami mengambil kira-kira 33 anjing dari kawasan itu dan telah mensterilkan sebanyak 25 daripadanya. Semua anjing akan dilepaskan di kawasan yang sama selepas pembedahan,” katanya.

Tambahnya, anjing yang menyerang mangsa sedang dalam proses pemerhatian. Keputusan akan diambil selepas tempoh pemerhatian tamat mengikut garis panduan Indeks Perlindungan Haiwan.

Sementara itu Menteri Pentadbiran K T Rama Rao turut mengucapkan upacan takziah kepada keluarga mangsa dan meratapi kejadian yang tragis itu.

“Walaupun pusat penjagaan haiwan ditubuhkan untuk menjaga anjing liar dengan cara menjinakannya, namun kejadian sebegitu tetap berlaku. Kami akan melakukan segala yang termampu untuk memastikan kejadian seperti itu tidak berulang lagi,” katanya.

Kanak-Kanak Maut Diserang Sekumpulan Anjing Liar
Kredit: AFP

Pada Januari, lebih 80 orang dimasukkan ke hospital di Arrah Bihar selepas seekor anjing liar menyerang sekumpulan orang termasuk 10 kanak-kanak.

Bagaimanapun, anjing itu kemudian dipukul sehingga mati oleh penduduk tempatan.

Kejadian yang lain berlaku pada Jun 2022 apabila seekor anjing memasuki wad bersalin di hospital swasta bandar Panipat di utara India.

Malangnya, ia telah ‘mengambil’ seorang bayi yang baru lahir ketika ibu bayi tersebut sedang tidur.

Keluarga bayi tersebut menemui mayatnya yang berusia tiga hari di kawasan luar hospital pada keesokan harinya.

Sementara itu doktor haiwan British, Andy Gibson melancarkan misi sejak sedekad lalu untuk membasmi rabies di India – negara yang mempunyai 40 juta anjing yang merayau bebas.

Malah, India juga dilaporkan menyumbang kira-kira 20 juta kes gigitan anjing setiap tahun dan hampir satu per tiga daripada kes rabies yang mencatatkan angka kematian sebanyak 59,000.

 

Sumber: The Independent

The post Kanak-Kanak Maut Diserang Sekumpulan Anjing Liar appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*