Terganggu Dengan Bacaan Al-Quran, Pelancong Nekad Masuk Masjid Maki & Ludah Muka Imam

ludah muka imam

Terganggu Dengan Bacaan Al-Quran, Pelancong Nekad Masuk Masjid Maki & Ludah Muka Imam

Seorang Imam di Masjid Al-Muhajir, Kecamatan, Kota Bandung, Indonesia terkejut selepas diludah secara tiba-tiba oleh pelancong yang menginap di sebuah hotel berhadapan dengan masjid pada Jumaat lalu.

Memetik Detik.com, aksi biadab warga asing itu telah tular di media sosial Indonesia.

Berdasarkan rakaman video CCTV, warga asing berkulit putih memakai topi, baju lengan panjang hitam dan seluar panjang hijau itu pada awalnya dirakam memasuki masjid.

Warga asing itu kemudiannya dilihat menghampiri mimbar masjid.

Dia kemudiannya bertindak mematikan telefon bimbit milik imam masjid yang sedang memainkan bacaan ayat suci al-Quran.

Selain itu, warga asing tersebut juga sempat memarahi mangsa menggunakan bahasa Inggeris dan meludah ke muka imam berkenaan.

Mangsa yang bernama Muhammad Basri Anwar, 24 tahun, merupakan imam tetap di masjid berkenaan.

Menurut Detik.com, beliau juga telah mengesahkan maklumat berhubung kejadian tersebut.

“Dia hadir pukul 06.04 WIB, dia tetamu hotel, datang ke masjid kerana terganggu bacaan Al-Quran yang kita tetapkan dipasang setiap pagi Jumaat,” kata Basri kepada Detik.

“Dia masuk, kemudian datang ke mimbar dan mematikan bacaan pada telefon bimbit saya, sambil menghempas telefon bimbit saya di atas mimbar dan memarahi saya. Kerana menggunakan bahasa Inggeris jadi saya tidak faham,” tambah Basri lagi.

Warga asing mengeluarkan kata-kata kesat

Basri dilaporkan tidak faham bahasa yang dituturkan oleh warga asing itu, namun dia pasti orang asing itu telah mengeluarkan kata-kata yang kesat.

“Saya tak faham, dia cakap kasar, jahanam, kurang ajar. Depan muka saya cakap jahanam sambil meludah ke muka saya,” kata Bari.

Menurut Basri, selepas diludah, beliau segera melarikan diri ke pejabat DKM masjid berkenaan.

“Selepas diludah, saya berlari masuk ke pejabat sambil kunci pintu kerana ketakutan,” cerita Basri kepada pemberita.

BACA: Taiwan Beri Insentif Pelancongan Bernilai RM725 Bermula 1 Mei

Ditanya di mana warga asing itu sedang berada, Basri berkata bahawa warga asing itu sudah mendaftar keluar dari hotel di hadapan masjid berkenaan.

“Dah check out pagi tadi pukul 9. Dia hanya bersendirian kata pekerja hotel,” akhiri Basri.

Sumber: Detik.com

The post Terganggu Dengan Bacaan Al-Quran, Pelancong Nekad Masuk Masjid Maki & Ludah Muka Imam appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*