Terjual Dalam Masa 3 Minit, Dendeng Nyet Berapi Telah Di ‘Shipped Out’

dendeng nyet berapi

Terjual Dalam Masa 3 Minit, Dendeng Nyet Berapi Telah Di ‘Shipped Out’

Siapa sahaja yang tidak mengenali Khairul Aming? Seorang influencer selebriti internet yang cukup terkenal dengan masakannya.

Setiap kali tibanya bulan Ramadan, pasti kebanyakan peminatnya akan menantikan video masakan terbarunya. Setiap resipi yang dikongsikan, pasti juga akan ada yang mencubanya.

Baru-baru ini, pempengaruh ini telah mengeluarkan produk terbarunya iaitu Dendeng Nyet Berapi dan ia merupakan produk keluarannya yang kedua selepas Sambal Nyet Berapi.

Seperti yang dijangka roduk terbarunya itu berjaya habis terjual dalam tempoh yang singkat iaitu masa tiga minit 39 saat sekali gus mencipta rekod terpantas.

Tidak dinafikan rata-rata orang ramai sangat menggemari produknya yang dikeluarkan oleh selebriti internet itu

Untuk pengetahuan anda, menerusi hantaran terbaru di platfrom X, Khairul Aming telah menyatakan bahawa 1/3 bungkusan Dendeng Nyet Berapi yang sold out itu telah pun di pos keluar. Dalam erti kata lain, ia telah di shipped out.

Sebuah video yang turut disertakan dalam hantaran tersebut telah mempamerkan beberapa orang pekerjanya sedang giat membungkus bungkusan Dendeng Nyet Berapi itu.

Dalam video tersebut, Khairul Aming berkata, “Ini semua kumpulan pertama, sepaket yang akan keluar dulu hari ini (Sabtu).”

Produk Telah Di Shipped Out

Untuk 1/3 bungkusan yang dikeluarkan itu, ia mengandungi 14,450 bungkusan produk terbaru itu. Setiap bungkusan itu pula akan dibahagikan kepada dua perkhidmatan penghantaran yang berlainan.

Dua perkhidmatan penghantaran tersebut adalah J&T yang akan menghantar 9,317 bungkusan dan baki 5,133 bungkusan yang lain pula akan dihantar oleh Ninja Van.

Umumnya, produk terbaru sebanyak 80,000 paket itu kesemuanya telah laris dijual. Jadi, baki daripadanya yang akan dikeluarkan nanti adalah sebanyak 29,201 paket.

Buat mereka yang mendapati bahawa bungkusan mereka sedang dalam perjalanan untuk di bawa ke rumah masing-masing, sudah tentu anda semua rasa teruja kan?

Bagaimanapun, untuk yang masih menantikan bungkusan mereka itu diharapnya semua boleh bersabar ya!

Setakat penulisan ini, hantaran yang dimuat naik pada 3 Februari 2024 itu telah mendapat 652,700 ribu tontonan.

Sumber: Khairul Aming

BACA JUGA: Produk Terbaru Khairul Aming “Sold Out” Dalam Tempoh 3 Minit

The post Terjual Dalam Masa 3 Minit, Dendeng Nyet Berapi Telah Di ‘Shipped Out’ appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*