Terliur, Khairul Aming Kongsi Resipi Burger ‘Mc Ming’ Ala Prosperity

resipi burger mc ming prosperity

Terliur, Khairul Aming Kongsi Resipi Burger ‘Mc Ming’ Ala Prosperity

Gara-gara permintaan ramai, selebriti Internet, Khairul Aming (KA) tampil sediakan resipi burger ala prosperity yang diberi nama ‘Mc Ming’ bagi memenuhi rasa keinginan orang ramai.

Menurutnya, resipi tersebut disediakan susulan ramai yang teringin untuk makan makanan segera dari salah sebuah restoran yang terkenal namun melalui pilihan alternatif lain yang lebih kurang sama konsepnya.

KA berkata resipi itu semestinya mudah untuk disediakan yang paling penting boleh dinikmati bersama keluarga di rumah.

Tanpa berlengah masa, mari ikuti resipi yang disediakan oleh KA.

Resipi Burger Ala Prosperity (Mc Ming)

Kredit: @khairulaming/Twitter

Bahan-bahan yang diperlukan:

Mentega

Sebiji bawang Holland

Tiga ulas bawang putih

Cendawan

Tepung gandum

Air

Sos tiram

Kicap manis

Satu kiub pati lembu

Black pepper

Daging burger oblong

Roti oblong

Kentang Curly

Ais

Jus oren

Soda

Cara-caranya:

Pertama sekali, cairkan dua sudu mentega dan masukkan satu biji bawang Holland yang dipotong secara dadu, tiga ulas bawang putih dengan cendawan.

Selepas itu, tumis sampai ia bertukar ke warna keperang-perangan dan tambah satu sudu tepung gandum.

Kacau lagi sehingga ia bertukar menjadi perang dan masukkan satu setengah cawan air dan tambahkan dua sudu sos tiram, kicap manis untuk bagi warna bertukar gelap.

Tambahkan satu kiub pati lembu dan tumbuk sendiri black pepper supaya bau lagi kuat dan sedap.

Masukkan dua sudu black pepper yang sudah ditumbuk dan kisar semua bahan dan kemudian tumis lagi sekali bahan kisaran itu.

Untuk daging burger, KA guna oblong dari Ramly sebab senang dan siap.

Celupkan daging tersebut ke dalam sos black pepper yang kita buat tadi.

Untuk roti kita ambil roti oblong, sapu butter dan bakar sekejap bagi garing dan boleh buat platting.

Letak dua atau tiga patty dan sos sebanyak mana yang anda mahu serta letak hirisan bawang Holland dekat atas dan burger dah siap.

Jangan lupa goreng kentang, KA guna kentang frozen sahaja dan goreng kentang curly tersebut.

Air pun buat sendiri, ambil ketulan ais dan letak di dalam cawan kemudian tuang jus oren yang dicampurkan dengan soda.

Selamat mencuba!

Sumber: @khairulaming/Twitter

The post Terliur, Khairul Aming Kongsi Resipi Burger ‘Mc Ming’ Ala Prosperity appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*