Termasuk Kertas, Tisu Dalam Mesin Basuh? Ini Tips Nak Selamatkan Pakaian Anda

kertas tisu mesin basuh

Termasuk Kertas, Tisu Dalam Mesin Basuh? Ini Tips Nak Selamatkan Pakaian Anda

Seorang pemuda yang bernama Raimi sedang menggunakan mesin basuh. Ketika dirinya sedang serabut untuk menyiapkan laporannya, Raimi memasukkan pakaiannya ke dalam mesin basuh.

Ketika menunggu pakaiannya siap dibasuh, Raimi kembali ke komputer ribanya untuk menyiapkan laporan yang perlu dihantar tidak lama lagi.

Selepas penggera berbunyi, pemuda tersebut bergegas ke mesin basuh dan ingin mengeluarkan pakaiannya.

Namun, alangkah terkejutnya pemuda tersebut apabila terdapat ‘salji kertas’ yang meliputi pakaiannya yang baru sahaja dibasuh.

Ketika hatinya remuk melihat keadaan pakaiannya baru dibasuhnya, Raimi baru teringat bahawa dia lupa untuk mengeluarkan sumber ‘salji kertas’ yang disimpan malam tadi.

“Ni mesti kertas tisu yang aku guna malam tadi. Aku masukkan dalam poket tetapi lupa nak buang sebelum masuk dalam mesin basuh,” 

Anda juga sudah tentu pernah dikejutkan dengan fenomena ‘salji kertas’ seperti Raimi, kan? Jika ya, anda sudah tentu menyesali kealpaan untuk memeriksa semua poket baju dan seluar sebelum dimasukan ke dalam mesin basuh.

Kesannya, penuh satu mesin basuh dengan kertas resit atau tisu hancur yang melekat dan berderai pada pakaian ketika membasuh baju.

Apabila fenomena ‘salji’ ini berlaku, sudah tentu amat sukar untuk menghilangkan kesan serat kertas pada pakaian.

Lagi-lagi pada fabrik jenis kasar seperti kapas, bulu dan sebagai, berzamanlah kita hendak mengutipnya satu per satu.

Walaupun pakaian sudah pun kering, kesan serat tisu atau kertas masih sukar ditanggalkan. Habis bercapuk pakaian dengan cebisan tisu terutamanya pakaian yang berwarna hitam.

Jangan panik bila termasuk kertas atau tisu dalam mesin basuh, lakukan ini untuk selamatkan pakaian anda

Sorang pengguna Twitter yang pernah melalui pengalaman yang serupa, Yukino berkongsi satu cara mudah untuk mengatasi masalah berkenaan.

Menurut Yukino, anda hanya perlu tambahkan cecair pelembut ke dalam basuhan dan bilas sekali lagi. Ini akan menyebabkan cebisan tisu tertanggal dengan mudah.

Namun bagi sesetengah orang yang kurang gemar menggunakan pelembut fabrik, anda boleh menggunakan inisiatif lain.

Caranya ialah anda hanya perlu menggantikan pelembut dengan cuka bagi mendapatkan kesan yang sama. Dengan kaedah ini, tisu tidak lagi melekat pada permukaan pakaian yang dibasuh.

baju tisu kertas mesih basuh
Kredit: Kaodim

Oleh itu, individu seperti Raimi tidak perlu lagi stress mengibas pakaian sehingga cebisan tisu berterbangan merata-rata.

Anda hanya perlu membilas dan membuang air di dalam mesin basuh setelah siap menggunakannya untuk menyingkirkan tisu yang tertanggal.

BACA: Hilang Minat Belajar, Cikgu Dedah Ada Budak Darjah 6 Siap Upah Kawan Siapkan Kerja Sekolah

Sumber: @54I23 via Twitter

The post Termasuk Kertas, Tisu Dalam Mesin Basuh? Ini Tips Nak Selamatkan Pakaian Anda appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*