Suami Nekad Lapor Polis, Dapat Tahu Isteri Mengaku Janda Kahwin Senyap-Senyap Tiga Kali

isteri mengaku janda

Suami Nekad Lapor Polis, Dapat Tahu Isteri Mengaku Janda Kahwin Senyap-Senyap Tiga Kali

Seorang suami di Lampung makan hati selepas isterinya berkahwin secara sembunyi lebih daripada tiga kali tanpa pengetahuannya, lapor Tribun News.

Polis dilaporkan telah menahan seorang wanita yang diberi nama samaran YL berusia 32 tahun asal Kabupaten Tulang, Lampung, Indonesia selepas menerima laporan daripada suaminya AD, 42 tahun.

AD yang tinggal di Desa Ujung Gung Ilir, Kabupaten Tulang melaporkan YL kepada balai polis Tulang Bawang Barat kerana isterinya itu telah berkahwin lagi.

YL berkahwin dengan lelaki lain tanpa pengetahuan dan persetujuan AD. Ketua Unit Siasatan Jenayah Balai Polis Tulang Bawang Barat, AKP Dailami mengatakan AD telah membuat laporan tersebut pada November tahun lalu.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

“AD datang ke balai polis dengan membawa bukti sijil nikah. Dalam laporan itu, AD terluka dan merasa dikhianati kerana isternya telah berkahwin semula. Sebenarnya pernikahan itu dilakukan tanpa pengetahun dan persetujuan suaminya,” kata Dailami pada 30 Januari lalu.

Menerima laporan itu, Unit PPA Siasatan Jenayah Polis Tulang Bawang Barat telah melawat rumah yang dijadikan lokasi tempat tinggal bersama perkahwinan terbaru YL tersebut.

YL melangsungkan perkahwinan ketiganya dengan menunjukkan sijil cerai daripada suami pertamanya AD.

YL turut membuat kenyataan bercop bahawa dia bersedia bertanggungjawab atas perkahwinannya sehingga penghulu dan saksi bahawa status YL adalah janda.

Padahalnya pihak YL telah berkahwin secara sah dengan AD sejak tahun 2020 lagi. Polis turut merampas bahan bukti iaitu satu surat nikah bagi pihak AD dan YL serta satu kad pengenalan (KTP) atas nama YL.

YL mengakui perbuatan berkahwin tanpa keizinan suami yang sah adalah perbuatan zina, maka kes telah dijalankan oleh ketua Unit Siasatan Jenayah.

“Atas perbuatan ini, YL dinamakan sebagai suspek dengan melanggar Perkara 279 Subsidiari 280 dan Subsidiara 284 K.U.H Jenaya, dengan hukuman penjara selama 7 tahun,” kata Dailami.

Sebelum ini, dalam kejadian lain seorang lelaki berusia 35 tahun telah ditahan polis Tana Toraja, Sulawesi Selatan kerana memalsukan identiti pada kad pengenalannya.

Lelaki tersebut dilaporkan kepada polis oleh isterinya kerana telah menukar status daripada berkahwin kepada bujang pada kad pengenalan tersebut.

Pasangan tersebut kedua-duanya berasal daripada Kota Palopo. Lelaki tersebut bekerja dan ditugaskan di sebuah syarikat swasta di Tana Toraja.

Semasa isterinya tinggal di Palopo, lelaki tersebut telah memalsukan identitinya apabila bertukar kerja di Tana Toraja untuk berkahwin dengan wanita lain.

Lelaki tersebut diancam akan dikenakan Perkara 279 Kanun Jenayah dan Perkara 263 Kanun Jenayah dengan ancaman hukuman.

Menurut artikel 279 perkahwinan atau perkahwinan yang menjadi halangan undang-undang, maka mereka yang terlibat boleh dihukum penjara maksimum 5 tahun. Manakala artikel 263 berkaitan pemalsuan identiti boleh dihukum penjara 6 tahun.

Sumber: Tribun News

The post Suami Nekad Lapor Polis, Dapat Tahu Isteri Mengaku Janda Kahwin Senyap-Senyap Tiga Kali appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*