The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia Jemput Anda Ke Satu ‘perjalanan Citarasa’ Yang Hebat Sempena Ramadan Dan Raya Ini

The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia Jemput Anda Ke Satu ‘perjalanan Citarasa’ Yang Hebat Sempena Ramadan Dan Raya Ini

Kuala Lumpur, 25 Mac 2024 – Sempena sambutan Ramadan dan Raya ini, marilah kita meraikan kekayaan warisan budaya kita bersama The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia, yang telah menyatukan citarasa dan warisan budaya tempatan bagi menggamit memori lama serta mencipta kenangan indah yang sukar dilupakan!

Ketua Pemasaran & Inovasi The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia, Fiona Rodrigues, berkongsi keterujaan tentang pelancaran itu. “Sambutan Ramadan dan Raya mempamerkan penghargaan yang mendalam terhadap tradisi dan warisan kita. Tahun ini, kami sangat teruja untuk menawarkan pelbagai perisa inovatif bagi meraikan budaya Malaysia sambil menjemput pelanggan menyertai satu ‘perjalanan citarasa’ baharu bersama kami,” kata beliau. Tambah beliau lagi: “Di The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia, kami percaya setiap cawan adalah ‘pintu masuk’ ke pengembaraan baharu – tidak kira perisa ataupun pengalaman, untuk dinikmati bersama rakan karib, keluarga atau bersendirian. Kami teruja untuk mempersembahkan ‘simfoni perisa’ yang bukan hanya meraikan budaya Malaysia tetapi juga menyemarakkan semangat penerokaan dan rasa ingin tahu.”

coffee bean

Sempena Raya ini, alamilah kekayaan perisa dengan minuman buatan tangan kami, yang disemarakkan lagi dengan campuran rempah-ratus yang unik. The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia membawakan Raya Spiced Cold Brew Coffee (kecil RM15.50, biasa RM16.50), secawan kopi sejuk aromatik yang menonjolkan semangat musim perayaan. Bakal hadir di kedai pada 5 April, jangan lepaskan peluang untuk menikmati minuman yang menjadi pelengkap sempurna musim perayaan Raya ini. Selain itu, nikmatilah juga versi latte, Raya Spiced Latte (panas / ais) (kecil RM16.50, biasa RM17.50) dan kegemaran bagi pencinta teh, Chai Latte (panas / ais) (kecil RM14.60, biasa RM15.60), kini kedua-duanya tersedia di kedai.

Dengan berinspirasikan tradisi dan juadah Malaysia yan g tersendiri, kami menyatukan kegemaran klasik dengan inovasi baharu yang hebat. Cubalah Spaghetti “Mee Siam”, hidangan mee klasik yang dipermodenkan, atau Kapitan Pizza dengan sos Kapitan yang kaya dengan rempah-ratus unik.

Jamuan Ramadan tidak sah kalau tanpa pemanis! Jadi, kami membawakan Butterscotch Swirl dan Salted Sea-C yang menyatukan kemanisan coklat dan kemanisan karamel, ideal untuk dikongsi atau dinikmati sendiri. Jangan terlepas juga untuk menikmati pencuci mulut yang berinspirasikan warisan budaya kita – The Cendol, pemanis klasik Malaysia, Pineapple Tart kami yang diberi nafas baharu, dan The Straits yang disukai ramai!

*Untuk menu penuh, sila rujuk helaian fakta di hujung siaran akhbar.

Nikmati hidangan musiman ini dengan promosi Ramadan Dessert Special kami. Bermula dari jam 5 petang pada bulan Ramadan, setiap pembelian mana-mana dua minuman buatan tangan kami akan disertakan dengan pencuci mulut percuma**. Tahun ini, tawaran ini akan tersedia lebih awal bagi menceriakan peminat pencuci mulut kami. 

** Tertakluk terma dan syarat.

Sip & Explore with The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia – Edisi Raya

Berbekalkan kejayaan hebat edisi sebelum ini, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia tidak sabar untuk membawa kembali siri Sip & Explore – Edisi Raya, menampilkan kemunculan semula Sip & Sing. Sertai kami untuk dua hujung minggu bersama persembahan muzik langsung oleh artis tempatan Diana Danielle and Fimie Don, dengan vokal yang penuh jiwa mereka. Jangan lepaskan peluang ini untuk menyelami keajaiban muzik langsung bersama kami pada musim Raya ini!

Sip & Sing bersama Diana Danielle dan Fimie Don

  • The Coffee Bean & Tea Leaf®, Pavilion Kuala Lumpur, Bukit Bintang Sabtu, 20 April 2024, 8:00 PM
  • The Coffee Bean & Tea Leaf®, Central i-City, Shah Alam Sabtu, 4 Mei 2024, 8:00 PM

Untuk lebih maklumat tentang tawaran, berita dan promosi terkini daripada The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia, layari laman Facebook kami di www.facebook.com/CBTLMalaysiaPage, akaun Instagram @coffeebeanMY, akaun TikTok @coffeebeanMY, atau laman web rasmi www.coffeebean.com.my.

The post The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia Jemput Anda Ke Satu ‘perjalanan Citarasa’ Yang Hebat Sempena Ramadan Dan Raya Ini appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*