The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia Kembali Dengan Edisi Musim Percutian Sip & Explore Yang Ditunggu-tunggu

Bersedialah untuk mengalami keceriaan musim percutian bersama The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia (CB&TL) yang telah membawa kembali Edisi Musim Percutian Sip & Explore yang ditunggu-tunggu! Selepas kejayaan edisi musim panas, CB&TL sekali lagi menyatupadukan komuniti tempatan dengan satu musim yang dipenuhi aktiviti-aktiviti hebat dan berpaksikan komuniti untuk menyemarakkan keriangan musim perayaan ini!

“Menyambut musim percutian dengan Sip & Explore adalah cara kami menyemarakkan semangat perpaduan dan mencetuskan kreativiti dalam komuniti kita. Kami sangat teruja untuk melanjutkan siri Sip & Explore, selaras dengan komitmen kami untuk memupuk keingintahuan dan membangkitkan semangat penerokaan dalam komuniti tempatan kita,” kata Ketua Pemasaran & Inovasi CB&TL, Fiona Rodrigues.

CB&TL berazam menyatupadukan rakyat Malaysia melalui pelbagai aktiviti menakjubkan, seperti seni untuk menzahirkan kreativiti, bersantai dengan muzik langsung, dan pengembaraan yang mengujakan! Tidak kira anda menikmati Double Chocolate Peppermint Ice Blended® kegemaran anda ataupun mencuba Cold Brew Black with Chili Cream Cap baharu, alamilah ‘Keceriaan dalam Setiap Cawan’ – A Little Bit of Joy in Every Cup untuk melengkapkan pengalaman anda!

Sip & Shine | Bengkel Membuat Lilin Bersama The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia

  • The Coffee Bean & Tea Leaf®, The Link 2, Bukit Jalil Sabtu, 25 November, 5:00PM
  • The Coffee Bean & Tea Leaf®, Uno Bukit Raja Ahad, 26 November, 11:00AM
  • The Coffee Bean & Tea Leaf®, Seremban 2 Heights Sabtu, 2 Disember, 11:00AM
  • The Coffee Bean & Tea Leaf®, Gravity Green Seri Alam, Johor Ahad, 3 Disember, 11:00AM
  • The Coffee Bean & Tea Leaf®, Bandar Puteri Puchong Sabtu, 9 Disember, 5:00PM
  • The Coffee Bean & Tea Leaf®, Rivercity Jalan Ipoh Ahad, 10 Disember, 11:00AM

Sip & Sing bersama Lunadira dan Asyraf Nasir

  • The Coffee Bean & Tea Leaf®, The Link 2, Bukit Jalil Sabtu, 25 November, 8:00PM

Sip & Sing bersama CLAUDIA dan Talitha

  • The Coffee Bean & Tea Leaf®, Tree Square Mall, Penang Sabtu, 16 Disember, 8:00PM

Sip & Sing bersama Lollapalooza | Persembahan Caroling untuk Mengalu-Alukan Perayaan yang Meriah

  • The Coffee Bean & Tea Leaf®, Centrepoint Seremban Sabtu, 2 Disember, 6:00PM
  • The Coffee Bean & Tea Leaf®, Limbongan Melaka Ahad, 3 Disember, 2:00PM
  • The Coffee Bean & Tea Leaf®, Bandar Puteri Puchong Sabtu, 9 Disember, 8:00PM
  • The Coffee Bean & Tea Leaf®, Radia Commercial Centre Ahad, 10 Disember, 8:00PM
  • The Coffee Bean & Tea Leaf®, The Waterfront @ Desa ParkCity Ahad, 17 Disember, 4:30PM

Daftarlah untuk acara Sip & Shine CB&TL yang akan datang di SINI, dan ikuti media sosial kami untuk menyaksikan Sip & Drive bersama Beng dari #DropTheTop – yang menyatukan semangat cinta terhadap kopi dan keterujaan memandu kereta di jalan raya!

Untuk lebih maklumat tentang tawaran, berita dan promosi terkini daripada The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia, layari laman Facebook kami di www.facebook.com/CBTLMalaysiaPage, akaun Instagram @coffeebeanMY, akaun TikTok @coffeebeanMY, atau laman web rasmi www.coffeebean.com.my.

The post The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia Kembali Dengan Edisi Musim Percutian Sip & Explore Yang Ditunggu-tunggu appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*