MCMC Minta Hormati Keluarga Mangsa, Jangan Kongsi Video & Gambar Kejadian Di Ipoh

mcmc minta jangan kongsi

MCMC Minta Hormati Keluarga Mangsa, Jangan Kongsi Video & Gambar Kejadian Di Ipoh

CYBERJAYA —  Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang perkongsian gambar atau video membabitkan tragedi seorang pelajar sekolah di Meru, Ipoh baru-baru ini.

MCMC dalam satu kenyataan hari ini menegaskan ia bertujuan untuk menghormati mangsa dan keluarga, serta pada masa yang sama menunjukkan rasa empati yang tinggi.

“Perkongsian gambar atau rakaman video mangsa tidak hanya melukakan perasaan keluarga mangsa, tetapi juga melanggar prinsip dan etika asas.

“Setiap individu harus membuat pertimbangan sewajarnya untuk tidak menyebarkan gambar atau kandungan berkaitan tragedi berkenaan,” maklum MCMC.

Tambah agensi itu, pihaknya turut menghulurkan rasa simpati terhadap keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi tersebut.

BACA JUGA: Penyanyi Veteran, Datuk M Daud Kilau Meninggal Dunia

Sementara itu, MCMC juga menasihatkan orang ramai untuk mengeluarkan atau memadam sebarang kandungan berkaitan mangsa sekiranya telah dimuat naik sebelum ini.

“Jika telah memuatnaik atau berkongsi gambar atau video daripada kejadian berkenaan, orang ramai adalah dinasihatkan untuk menurunkan hantaran atau memadam kandungan berkenaan.

“Selain itu, semua pihak turut dinasihati untuk tidak membuat sebarang spekulasi memandangkan kes masih dalam siasatan pihak berkuasa.

“Sebarang perkongsian yang melibatkan gambar atau video tragedi berkenaan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” maklum kenyataan tersebut pada Isnin.

Sumber: Facebook Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)

The post MCMC Minta Hormati Keluarga Mangsa, Jangan Kongsi Video & Gambar Kejadian Di Ipoh appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*