“Tiada Bekalan Elektrik, Air..,” Israel Kenakan Sekatan Penuh Ke Atas Gaza

“Tiada Bekalan Elektrik, Air..,” Israel Kenakan Sekatan Penuh Ke Atas Gaza

TEL AVIV —  Israel mengenakan sekatan penuh ke atas Gaza sebagai tindak balas kepada serangan mengejut Hamas, lapor AFP.

Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant berkata bekalan elektrik, makanan, air dan gas antara yang disekat di Wilayah yang dikepung.

“Tiada bekalan elektrik, makanan, air dan gas. Semua disekat,” katanya.

Dalam masa yang sama, penduduk Palestin di sekitar sempadan bersiap sedia dengan sekatan yang dilakukan berkenaan.

Konflik itu menyaksikan ruang langit Gaza dipenuhi asap hitam dalam serangan roket dengan siren kecemasan kedengaran dari Tel Aviv dan Baitulmaqdis.

Difahamkan, perang antara kedua-dua belah pihak itu mengakibatkan lebih 1,260 terkorban sehingga kini (lebih 700 korban di Israel dan lebih 560 mangsa di Gaza).

Di tapak festival muzik di kibbutz padang pasir Negev menyaksikan sehingga 250 mayat bergelimpangan di kawasan berkenaan. Rata-ratanya terdiri daripada golongan muda.

Ketegangan antara Palestin dan Israel semakin memuncak selepas serangan yang dilancarkan oleh Hamas pada Sabtu lalu.

BACA JUGA: Nak Turun Bukit Ada Caranya, Buat Ni Untuk Elak “Brake Disc” Kereta Berasap

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serangan udara ke atas Palestin mengakibatkan bangunan kediaman, masjid dan bank pusat musnah. Ia juga memberi kesan terhadap lebih daripada 120,000 orang di Gaza yang dilaporkan kehilangan tempat tinggal.

Sehingga kini, konflik berkenaan mencetuskan kebimbangan seluruh dunia  sekiranya berlaku lonjakan harga minyak berikutan pengetatan bekalan sumber bahan api itu.

Sukarelawan Terbunuh Dalam Serangan Udara

Sebelum ini, seorang sukarelawan Palestin bernama Abu Romzi terbunuh dalam satu serangan udara ke atas Hospital Indonesia di Bayt Lahiya, Gaza Utara pada Sabtu lalu.

Difahamkan, Abu Romzi merupakan seorang sukarelawan yang telah berkhidmat di kemudahan itu sejak 2011.

“Abu Romzi, kakitangan MER-C tempatan yang berada berhampiran ambulans, adalah salah seorang mangsa dan segera dibawa ke hospital,” tulis Farid, seorang sukarelawan Indonesia di Semenanjung Gaza, dalam satu kenyataan.

BACA JUGA: Nak Turun Bukit Ada Caranya, Buat Ni Untuk Elak “Brake Disc” Kereta Berasa

Sumber: AFP 

The post “Tiada Bekalan Elektrik, Air..,” Israel Kenakan Sekatan Penuh Ke Atas Gaza appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*