Wanita Cedera Dihempap Papan Iklan

wanita dihempap papan tanda

Wanita Cedera Dihempap Papan Iklan

JERANTUT  — Malang tidak berbau apabila seorang wanita dihempap papan tanda yang tercabut dalam satu kejadian persimpangan lampu isyarat Tok Gajah pada semalam, lapor Sinar Harian.

Menurut Ketua Polis Daerah, Superintenden Azman Mat Kamis, mangsa, G Muniammah, 57 tahun dilaporkan mengalami lebam di mata dan dahi akibat kejadian yang tidak diingini itu.

Difahamkan, kira-kira jam 5 petang, mangsa yang juga pekerja syarikat pembersihan Alam Flora sedang menunggang motosikal.

Ketika kejadian, mangsa dilihat sedang melepasi lampu isyarat hijau di persimpangan lampu isyarat.

“Secara tiba-tiba sebuah papan tanda tercabut akibat ditiup angin kencang sebelum menghempap mangsa.

“Mangsa telah dihantar ke Hospital Jerantut untuk menjalani rawatan lanjut selepas kejadian,” maklumnya dalam satu kenyataan hari ini.

BACA: Tak Perlu Bawa Ke Bilik Air, Lelaki Kongsi Tip Mandikan Pesakit Yang Terlantar Atas Katil

Susulan kejadian, pihak keluarga mangsa telah membuat aduan polis mengenai kejadian.

Walau bagaimanapun, Azman berkata tiada siasatan lanjut dilakukan berhubung kejadian berikutan kes tersebut berpunca daripada bencana dan bukan kemalangan jalan raya.

Terdahulu, video mengenai kejadian tular di media sosial selepas dikongsi netizen sebelum mendapat perhatian daripada pihak polis.

Lelaki Maut Dihempap Pokok

Pada bulan lalu, Astro Awani melaporkan seorang lelaki meninggal dunia selepas kenderaan yang dipandu dihempap sebatang pokok yang terbakar di Jalan Hutan Kampung.

Menurut isteri mangsa, Nurhafizah Ahmad Zamri, 25, kejadian berlaku sekitar jam 1.15 tengah hari semalam.

Sewaktu kejadian, dia yang turut berada di dalam kenderaan itu bersama kakak dan anak saudaranya sedang dalam perjalanan pulang ke rumah sambil dipandu mangsa, Mohd Robbil Adam Mohd Rizal, 27.

Berkongsi semula detik tragedi itu, wanita berusia 25 tahun itu pada awalnya sudah menyedari sebatang pokok terbakar dan mengeluarkan kepulan asap.

Walau bagaimanapun, pokok itu tiba-tiba tumbang lalu menghempap kenderaan dinaiki mereka sebelum sempat memberitahu suaminya. Berkat suaminya yang pantas menghulurkan tangan berjaya menyelamatkan dia dan anaknya sebelum arwah meninggal dunia.

“Saya sedih dan masih tidak dapat melupakan tindakan arwah suami dengan mnghulurkan tangan kirinya yang tetap mahu melindungi saya dan anak berusia lapan bulan ketika nampak sebatang pokok yang terbakar mahu tumbang ke arah kereta.

“Kami tiga beranak bersama kakak dan anaknya menaiki sebuah kereta dan baru sahaja bergerak keluar dari restoran sebelum ternampak sebatang pokok di bahu jalan dalam keadaan terbakar.

“Sebelum sempat saya nak sebut ada pokok terbakar, dahan pokok tersebut terus tumbang betul-betul di atas kereta tempat duduk pemandu.

“Sebelum itu, suami sempat melindungi saya dan bayi perempuan kami, Hawa Raisya Aulia dengan sebelah tangannya,” katanya sewaktu di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada Selasa.

Sumber: Sinar Harian

The post Wanita Cedera Dihempap Papan Iklan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*